𝐏𝐎𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐓𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐃𝐈 𝐀𝐒𝐈𝐀 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀

Tahu tak? Pos Malaysia merupakan syarikat yang sudah berusia sekitar 200 tahun. Jatuh bangun pastinya telah dirasai oleh syarikat ini.

Cukup menarik kalau kita baca kisah bagaimana syarikat ini mampu bertahan sehingga ke hari ini. Bermula pada era awal 1800 an, Syarikat ini dikenali dengan nama The Straits Settlements Postal And Telegraph Service yang menyediakan perkhidmatan di Negeri-Negeri Selat atas tuntutan untuk menghantar perutusan ke negara Eropah, India dan China.

Di era globalisasi, syarikat ini masih mampu bertahan dan terus berkembang dengan dipelbagaikan fungsi Pos Malaysia. Atas dasar kebijaksanaan CEO mereka pada era peralihan ini, pelbagai idea ‘gila’ diperkenalkan. Antaranya adalah mewujudkan Pos ArRahnu. Gila! Boleh pajak emas di pejabat pos. Benarlah kata orang bijak pandai, letaklah orang yang sesuai di posisinya. Maka, tunggulah hasilnya. Ternyata ianya satu langkah yang bijak yang memberi pulangan kepada Pos Malaysia.

Kemudian, Pos Malaysia terus berevolusi dengan mengadakan kerjasama dengan PUBLIC GOLD iaitu sebuah syarikat pengeluar emas terkemuka di Malaysia di bawah rangkaiannya iaitu Pos ArRahnu. Kesemua emas keluaran PUBLIC GOLD diterima dengan mudah sama ada untuk jualan, belian ataupun pajakan di Pos ArRahnu.

Inilah, yang menjadi salah satu sebab saya meyakini PUBLIC GOLD. Bayangkan sebuah syarikat yang berusia sekitar 200 tahun pun menyakini PUBLIC GOLD. Mengapa tidak saya? Dan mengapa tidak anda semua?

Kedua-duanya adalah syarikat kebanggaan anak Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *