Seminar Pelaburan Emas Percuma di Kelantan & Terengganu
December 16, 2009 by Sabri Ahmad
Filed under Cerita Emas, Public Dina, Public Gold
Salam semua sahabat emas tidak kira di mana berada.Semoga keadaan ekonomi kita lebih baik dari semalam.Baik bukan kerana menipu orang tetapi baik dengan usaha sendiri.Semoga sekali lagi , sahabat sudah mula sedar akan kepetingan menyimpan emas dan mula mencari peluang untuk memiliki emas.Baiklah , kita mulakan celoteh saya pada hari ini.
Masih ramai dikalangan kita dikategori sebagai “kais pagi makan petang”.Mengapa situasi sebegini masih berlaku ke atas diri kita.Jawapan ada dalam diri masing-masing , so masing-masing lah jawab.
Pada pendapat saya , salah satu penyebab mengapa kita masih “kais pagi makan petang”.Kurang bijak memilih peluang dan gagal mengurus sistem kewangan.Apa maksud saya kurang bijak memilih peluang ? Maksudnya disini , ramai dikalangan kita lebih suka memilih perniagaan/pelaburan yang cepat mendatangkan keuntungan dengan modal yang kecil.Satu lagi , kalau keuntungan berbunyi “sen” orang kita memang tidak suka.Kalau bunyi “ratus” , “ribu” , juta memang terbeliak biji mata.Manakala kurang bijak mengurus sistem kewangan pula , duit keluar melebihi duit masuk.Fahamkan……so fikir-fikir kan lah.
Isteri saya ada memberi 3 tip untuk berjaya dalam perniagaan.
- Jangan melengah-lengahkan urusan perniagaan.
- Ambil keuntungan walaupun “sen”.
- Tidak ada unsur “bayar ansur-ansur/hutang”.
Alamak dah tersasur dari motif utama pulak.Tujuan sebenar saya adalah ingin mengingatkan orang Kelantan dan orang Terengganu mengenai seminar pelaburan emas bersama Public Gold.Jom ler ramai-ramai serbu seminar pelaburan emas pada kali ini.Seminar ini PERCUMA yakni sahabat tidak dikenakan bayaran untuk mendengar ilmu mengenai pelaburan emas.Kalau keadaan tidak mengizinkan sahabat untuk menghadirkan diri , wakilkan atau jemput sekali saudara mara/sahabat/isteri/anak/suami.Jangan tak pergi k , nanti saya belanja teh tarik
.
Kota Bharu Kelantan – Grand Riverview Hotel
Sabtu/26.12.09/8pm-10pm
Kuala Terengganu – Ming Star Hotel
Ahad/27.12.09/8pm-10pm
So sekarang apa yang sahabat perlu lakukan adalah taip nama sahabat dan hantar ke 012-9561954 untuk melayakkan sahabat mendapat kerusi.Siapa cepat dia dapat kerusi
.Bagi sahabat yang bukan tinggal di Kelantan dan Terengganu klik pada link ini.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.











Comments
One Response to “Seminar Pelaburan Emas Percuma di Kelantan & Terengganu”Trackbacks
Check out what others are saying about this post...[...] : Jangan lupa untuk menghadirkan diri di Seminar Pelaburan Emas Percuma di Kelantan & Terengganu. Posted in Cerita Emas, Public Dinar, Public Gold Tags: belian pg, certia emas aku, emas pg, [...]