Friday, February 10, 2012

Emas Hanya Untuk Orang Berduit

January 5, 2010 by  
Filed under Cerita Emas

Salam sahabat emas.Emas hanya untuk orang berduit ? Boleh guna ke “statement” seperti ini ? Jika sekali pandang pada statement ini memang boleh di percayai kerana harga emas yang agak mahal.Saya sering di lontar dengan perkataan “kaya kau beli emas”.Betul ke saya kaya :) . Saya tidaklah sekaya Sultan Brunei , dan tidaklah semiskin apa erk ? . Tapi cukup untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

Ramai yang beranggapan , emas hanya untuk mereka yang kaya.Statement ini salah sama sekali.Semua peringkat sepatutnya memiliki emas , bukan orang kaya sahaja.Jika saya tanya sahabat semua , mengapa orang kaya yang suka membeli emas . bukan semua peringkat ? . Jawapan sahabat tentulah tiada duit fiat untuk membeli emas.

Betul ke duit fiat yang menjadi punca utama tidak membeli emas ? Tidak kerana ada jugak segelintir mereka yang berduit , lebih sayangkan duit fiat berbanding emas.Saya pernah baca dalam Facebook ” mengikut kajian pakar orang kita bukan tidak cukup duit fiat , tetapi gagal mengurus duit fiat” . So pokok pangkalnya cara kita mengurus sistem kewangan kita.Marilah kita sama-sama menabung dalam emas fizikal , mungkin mula dengan menyimpan 1 dinar satu bulan.

1 dinar berapa harga ? RM5XX sekarang …Wah mahalnya.Kereta Iswara tu berapa harga ? RM5XXX.00 ….eshhh murah dah tu.

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!