Pergi Aizat Datangnya Emas
January 11, 2010 by Sabri Ahmad
Filed under Cerita Emas
Salam sahabat emas semua.Mesti ramai di antara kita baru selesai layan Anugerah Juara Lagu ke 24 (AJL 24).Saya tak layan pun , layan gitu-gitu ajer
.Dengar khabar Aizat bekas pelajar Akademi Fantasia bergelar juara musim ke 24.Betul kan….beliau berjaya bergelar juara Anugerah Juara Lagu ke 24 dengan lagu berjudul Pergi.Best ke lagu tu ? So saya pun cari dan layan melalui Youtube.Memang mendayu-dayu lagu tersebut.
Aizat Sebelum Ini
Baiklah saya bukan nak bercerita lebih detil mengenai Aizat , cuma saya nak jadikan Aizat sebagai contoh untuk kita semua.Tentu sahabat semua ingat , bagaimana Aizat muncul dalam industri hiburan tanah air.Bagi mereka yang belum mengetahui , Aizat adalah bekas pelajar Akademi Fantasia.Kalau dahulu boleh dikatakan Aizat disingkirkan kerana bentuk badannya yang tidak boleh di “niagakan”.Tapi apa yang berlaku sekarang ? Adakah pencapaian beliau sekarang melalui satu proses yang cukup mudah.Tentu tidak sama sekali…..pencapaian dia sekarang melalui satu proses yang cukup mencabar.
So disini , saya ingin mengajak sahabat semua berusaha dan terus berusaha mencapai sesuatu impian.Tanpa usaha kita tidak akan ke mana-mana.Begitulah juga dalam perniagaan emas , hari ini tiada orang beli / orang sindir . Mungkin esok ada orang beli / tiada orang sindir.Yang penting kita sampaikan betapa pentingnya menyimpan duit dalam bentuk emas.Kita tidak boleh memaksa orang membeli/emyimpan emas tetapi boleh menyampaikan info/maklumat mengenai emas.
Sebelum saya tamatkan coretan saya yang tidak seberapa ini , mengapa saya memilih tajuk Pergi Aizat Datangnya Emas.Tidak ada yang pelik pun , Pergi Aizat adalah untuk Aizat.Datangnya Emas adalah rahmat untuk saya
yang mana sebelum ini saya zero tentang emas. Dan satu lagi , cerita ini sebagai pembakar semangat bagi saya sendiri kerana 2 3 hari ini saya mengalami sedikit cabaran dalam merealisasikan satu projek emas.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.













info update :
Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Juara Lagu ke 24 (2010).
Vokal Terbaik
- Black Mentor (Aku Rindu Sayang Kamu)
Juara Lagu ke 24
- Aizat (Pergi)
Naib Juara Lagu
- Yuna (Dan Sebenarnya)
Tempat Ketiga
- Faizal Tahir (Bencinta)
[Reply]
memang support ajl
nanged u. Allah for Islam only? Nang and read this if u r Malaysian… tq
[Reply]