Friday, May 18, 2012

Gaddafi Jual 20% Simpanan Emas

September 9, 2011 by  
Filed under Cerita Emas

image

TRIPOLI – Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi telah menjual lebih 20 peratus simpanan emas negara berkenaan bernilai lebih AS$1 bilion (RM2.9 bilion) pada hari-hari terakhir pemerintahan rejimnya, kata Gabenor Bank Negara Libya, Qassem Azzoz semalam.

Qassem berkata, sekitar 29 tan emas dijual kepada peniaga-peniaga tempatan selepas rejim Gaddafi mengalami kesempitan wang tunai.”Semua emas itu dijual untuk pembayaran gaji dan mewujudkan kecairan terutamanya di Tripoli,” kata Qassem.

Menurut beberapa pegawai bank pusat, sejumlah emas tersebut dipercayai dibawa keluar ke negara jiran iaitu Tunisia.Menurut Qassem, susulan penjualan jongkong-jongkong berkenaan, aset keseluruhan bank pusat Libya kini berbaki AS$115 bilion (RM344.1 bilion) dengan AS$90 bilion (RM269.3 bilion) disimpan di luar negara.

Sementara itu, pemangku Menteri Kesihatan Libya, Naji Barakat berkata, sekurang-kurangnya 30,000 orang terbunuh manakala 50,000 lagi cedera dalam perang saudara sepanjang enam bulan di Libya.Lebih 4,000 orang lagi katanya, masih hilang sama ada telah terkorban atau menjadi tawanan di tiga bandar yang menjadi kubu kuat Gaddafi.
Libya memiliki penduduk seramai lebih enam juta orang. – AFP/Kosmo

Related posts:

  1. Antara Punca Kenaikan Harga Emas Sekarang Ketegangan Afrika Utara, Asia Barat pengaruhi harga emas.Harga emas meningkat...
  2. Fahami Pelbagai Kos Jual Beli Emas SEJAK kebelakangan ini banyak diperkatakan mengenai pelaburan dalam jongkong emas...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!