Friday, May 18, 2012

Kuwait Finance Terima Anugerah Terbaik

October 6, 2011 by  
Filed under Cerita Emas

Kuwait Finance House (M) Bhd., (KFH Malaysia) telah menerima anugerah Penyedia Produk Konsumer Islam Terbaik melalui akaunnya, KFH Gold-Account-i di anugerah Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2011 (KLIFF).

KFH Malaysia dalam kenyataannya di sini berkata, anugerah KLIFF bertujuan menghargai sumbangan individu atau institusi di dalam industri kewangan Islam.

“Kami sangat gembira kerana memenangi anugerah tersebut menerusi produk inovasi kami iaitu KFH Gold-Account-i.

“Produk tersebut memberi peluang kepada pelanggan membuat pelaburan emas walaupun bukan secara fizikal,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jamelah Jamaluddin.

KFH Gold-Account-i merupakan akaun emas pertama di Malaysia yang terbuka kepada orang Islam dan bukan Islam. Ketika ini lebih 3,000 pemegang akaun direkodkan dengan lebih 700 kilogram emas telah dijual. – Utusan Malaysia Online

Related posts:

  1. Terima Dividen Emas 0.1aun Setiap Bulan ! Assalamualaikum dam salam sejahtera.Walaupun secara terbuka saya menyatakan pelaburan emas...
  2. Pelaburan Emas-Virgin Gold Mining Corporation (VGMC) ! Tak sudah-sudah kerjanya menipu orang. Masih ingatkah lagi artikel tentang...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!