Friday, May 18, 2012

Emas , Simbol Kejuaraan Dalam Sukan

November 22, 2011 by  
Filed under Cerita Emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat sekalian.Telebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan bola sepak Malaysia ( Harimau Muda ) yang berjaya mengekalkan pingat emas Sukan SEA ke 26 selepas menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir malam tadi.Pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta itu, Malaysia menewaskan Indonesia menerusi penentuan penalti dengan keputusan 4 berbalas 3.Tahniah dan syabas sekali lagi buat pasukan Harimau Muda atas kesungguhan dan komitmen mempertahankan maruah bola sepak negara.


Pemain-Pemain Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. – Bernama

Dalam Harian Metro Online , Khairul Fahmi Che Mat dikatakan mempunyai sepasang “tangan emas” sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan Sea Indonesia.Wahhh , semuanya mesti ada EMAS . Ini membuktikan EMAS disanjung tinggi sehingga dijadikan simbol kejayaan / kejuaraan dalam dunia sukan.

Related posts:

  1. Piala Suzuki AFF 2010 Milik Malaysia – Malaysia Boleh KUALA LUMPUR 29 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak...
  2. Emas Disebut Dalam Ucapan Bajet Malaysia 2012 ( Edisi Khas ) “DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA” Tuan Yang...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!