30 Kg Emas Dalam Kapal Karam
CALIFORNIA 6 Mei – Satu ekspedisi yang dijalankan bagi mencari emas di dalam sebuah kapal api yang tenggelam pada September 1857 di Carolina Selatan, berjaya menemui hampir 30 kilogram emas, penemuan pertama sejak suku abad lalu.
Laman web Mail Online melaporkan, pencarian yang dilakukan oleh kapal Odyssey Marine Exploration of Tampa itu pada bulan lalu, berjaya membawa keluar emas dari kapal yang tenggelam akibat dibadai taufan yang menyebabkan 425 orang terkorban.
Sebelum ini, ekspedisi sama pernah diadakan pada hujung 1980an dan awal 1990an, sebelum berlakunya pertikaian undang-undang yang mengakibatkan operasi mencari terpaksa dihentikan.
Ketua ekspedisi, Mark Gordon berkata, mereka berjaya menemui lima jongkong emas dan dua keping duit syiling emas AS$20 Double Eagle, dengan berat setiap satu jongkong emas antara 3.5 kg dan 9.7 kilogram.
“Kami tidak menyangka dapat menemui emas dalam tempoh yang singkat, kawasan pencarian tidak berubah sejak kali terakhir ia diterokai pada 1991,” jelas Gordon.
Ekspedisi yang dijalankan pada jarak kedudukan kira-kira 257.5 kilometer dari kawasan pinggir pantai itu dijangka berakhir pada hujung musim panas ini.
Tambahnya, ketika ini 41 anak kapal Odyssey Marine Exploration sedang giat menjalankan kajian terhadap kawasan pencarian dan dijangkakan lebih banyak emas akan ditemui setelah kajian tersebut selesai.
Kata Gordon, setakat ini pihaknya tidak dapat memberi gambaran berapa banyak emas yang masih tersimpan di situ.
“Emas yang terdapat di dalam kapal api itu dianggarkan bernilai AS760,000 (RM 2.3 juta) pada 1875, namun kini nilainya meningkat berjuta-juta ringgit,” ujar Gordon.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140507/lu_09/Ekspedisi-temui-30-kg-emas-dalam-kapal-karam#ixzz30zxokZQz
© Utusan Melayu (M) Bhd
I’m extremely pleased to discover this website. I want to to thank you for your time due
to this fantastic read!! I definitely appreciated every part
of it and I have you book marked to look at new things in your blog.
[Reply]