4 Tempat Terbaik Simpan Duit Setiap Bulan

saving

Nak simpan 10% setiap bulan tapi tak tahu nak simpan di mana? Nak simpan duit untuk tempoh 10 tahun dengan kadar pulangan yang lebih baik?

Ini adalah antara persoalan yang bermain difikiran sesetengah orang yang ingin mula untuk menyimpan. Di Malaysia, terdapat beberapa akaun simpanan atau tempat untuk kita menyimpan yang baik dan selamat.

Faktor utama yang perlu anda ambil kira adalah kadar keuntungan yang diterima mestilah boleh mengatasi kadar inflasi di Malaysia setiap tahun. Kadar inflasi merupakan satu aras tanda yang baik jika kita mahu menyimpan.

NO 1 – EMAS

Emas juga merupakan satu bentuk simpanan fizikal yang baik jika anda mahu mulakan simpanan anda. Harga emas jika dibandingkan ketika 10 tahun lepas telah meningkat dengan baik untuk satu tempoh jangka masa yang panjang.

Emas juga boleh dijadikan pelaburan jangka masa panjang kerana sifatnya yang kalis inflasi. Anda juga perlu menyimpan sendiri emas fizikal tersebut dan menjaganya dengan baik.

Anda boleh menyimpan dengan simpanan serendah 1 gram setiap bulan mengikut kepada bajet simpanan anda. Selain itu, anda juga boleh buka akaun emas fizikal di Public Gold yang menawarkan akaun tersebut. Ini lebih mudah kerana anda tidak perlu memegang emas fizikal tersebut.

NO 2 – AMANAH SAHAM BERHAD (ASB)

Satu kebaikan yang anda dapat jika menyimpan dalam ASB ini adalah dividen yang diterima setiap tahun adalah sangat kompetitif dan baik. Dua cara untuk anda menyimpan dalam ASB ini adalah sama ada melalui simpanan terus ke akaun ASB atau melalui pembiayaan bank.

Melalui pengiraan kasar, pembiayaan bank untuk akaun ASB ini adalah lebih menguntungkan kerana dividen yang diterima lebih baik dan tinggi. Selain itu, kaedah ‘forced saving’ ini juga sangat membantu jika anda amat sukar untuk membuat simpanan setiap bulan.

Namun, satu perkara yang anda perlu fikirkan adalah pembiayaan ASB ini akan meningkatkan komitmen anda dengan pihak bank. Jika anda terlepas bayaran beberapa bulan kepada pihak bank, rekod anda di CCRIS mungkin kurang baik.

NO 3 – TABUNG HAJI

Akaun tabung haji juga satu tempat simpanan yang baik kerana anda bukan sahaja boleh menyimpan malah boleh mendaftar nama anda untuk pergi menunaikan haji. Untuk buka akaun tabung haji, deposit permulaan yang diperlukan juga sangat rendah iaitu RM2.00 sahaja.

Untuk buka akaun, anda boleh pergi ke cawangan Tabung Haji, Bank Islam atau Bank Rakyat dengan hanya menggunakan kad pengenalan anda sahaja. Jika anda mahu daftar untuk haji pula, deposit yang diperlukan adalah sebanyak RM1,300 dan jumlah ini tidak boleh dikeluarkan.

Dividen dan bonus yang diberikan untuk simpanan tabung haji ini adalah antara 5% hingga 6.5%.

NO 4 – UNIT TRUST

Unit trust atau amanah saham merupakan satu bentuk pelaburan yang memberikan kadar keuntungan yang lebih tinggi untuk satu tempoh yang lama. Namun, pelaburan ini juga sering dianggap satu bentuk simpanan dengan pelan simpanan setiap bulan.

Untuk buka akaun unit trust ini, anda perlukan RM500 sebagai deposit awal dan boleh buat simpanan sebanyak RM200 setiap bulan. Terdapat tiga (3) cara untuk anda melabur dalam unit trust iaitu sama ada melalui akaun 1 KWSP, secara lump sum  dan juga potongan setiap bulan (Regular Saving Plan).

Artikel asal > http://www.duitkertas.com/2016/08/4-tempat-terbaik-untuk-anda-simpan-duit.html

One Response so far.

  1. azrinros says:

    Setiap simpanan mempunyai kelebihan dan kekurangan. Menanam disiplin menyimpan itu penting.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *