Bank RHB Islamic Ada Perkhidmatan Ar’Rahnu

RHB Islamic sasar Ar’Rahnu raih RM20 juta.RHB Islamic Bank Bhd (RHB Islamic) sasar raih pendapatan sehingga RM20 juta tahun ini menerusi aktiviti pajak gadai Islam Ar’Rahnu yang dilancarkan di Kelantan.

Ketua Eksekutifnya, Abd Rani Lebai Jaafar, berkata ia susulan keyakinan pengguna negeri itu terhadap sistem pajak gadai Islam.“Sebagai projek perintis, kita menyasarkan pendapatan transaksi sistem itu RM20 juta menjelang hujung tahun ini dan dikembangkan ke beberapa negeri lain termasuk Kuching, Sarawak; Terengganu dan Bangi, Selangor dalam satu setengah tahun dari sekarang.“RHB Islamic boleh menawarkan pinjaman sehingga 70 peratus nilai semasa emas digadaikan,” katanya selepas majlis Pelancaran Produk Pembiayaan Pajak Gadai Islam Ar’Rahnu dan Fiesta Perbankan Islam 2011, di RHB Cawangan Kubang Kerian.- Berita Harian Online 2011/04/29

KOTA BHARU 28 April – RHB Islamic Bank yakin produk pembiayaan pajak gadai Islamnya atau Ar-Rahnu mampu mencatatkan jumlah transaksi sehingga RM20 juta pada akhir tahun ini, selepas lapan bulan dilancarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusannya, Abd. Rani Lebai Jaafar berkata, perkhidmatan Ar-Rahnu yang dimulakan di cawangan RHB Islamic Bank Kubang Kerian di sini, berpotensi besar untuk dikembangkan berikutan minat tinggi masyarakat tempatan menyimpan barangan kemas.

Beliau berkata, jumlah golongan yang bekerja sendiri, peniaga kecil dan usahawan wanita yang ramai di negeri ini juga menjadi faktor kepada produk ini diperkenalkan di sini bagi membolehkan mereka mendapatkan pembiayaan alternatif dan modal.

Katanya, pajak gadai Ar-Rahnu itu akan diperluaskan ke cawangan lain dengan sasaran awal ialah Kuala Terengganu, Terengganu; Bangi, Selangor dan Kuching, Sarawak.

“Kelantan dipilih sebagai tapak awal produk Ar-Rahnu kami kerana melihat kepada minat mendalam masyarakat negeri ini terutama golongan wanita yang gemar menyimpan barang kemas.

“Pembiayaan Ar-Rahnu kami memberi peluang kepada mereka yang kesempitan untuk mendapatkan keperluan tunai dan juga modal perniagaan dengan pembiayaan sekurang-kurangnya RM100 sehingga RM50,000.

“Produk ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan tempoh gadaian antara enam bulan sehingga setahun,” katanya selepas Majlis Pelancaran Produk Pembiayaan Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) dan Fiesta Perbankan Islam 2011 bank itu di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Perbankan Transaksi RHB Islamic Bank, Tengku Panglima Raja Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz; Pengarah Wilayah Timur Kumpulan Perbankan RHB, Nazri Othman; Ketua Perbankan Runcit RHB Islamic Bank, Zulkahairi Zabiri dan Pengurus RHB Islamic Bank Kubang Kerian, Norliza Abdul Shukor.

Abd. Rani berkata, urus niaga pajak gadai Islam itu akan menggunakan empat jenis konsep syariah iaitu Qardhul Hasan, Ar-Rahnu, Wadiah Yad Dhomanah serta Al-Ujrah dan mereka menerima emas jenis 999, 950, 916, 875, 835 dan 750 untuk digadai.

Jelasnya, RHB Islamic Bank sehingga kini mempunyai 12 cawangan di seluruh negara dengan lebih 250,000 pelanggan dan perkhidmatan perbankan berasaskan syariah itu turut disokong oleh 196 cawangan konvensional Kumpulan Perbankan RHB lain.

Beliau berkata, RHB Islamic Bank mengunjurkan penambahan cawangan-cawangan bank itu di negeri yang belum ditembusi seperti Kedah, Melaka, Perlis dan Pahang.- Utusan Online

9 comments

  1. salam,

    alhamdulillah satu lagi ar rahnu dibuka, so bertambah lah pilihan yg ada. Tapi klu setakat terima jewellery sahaja….ish ish…..sama je lah senarionya…..apa pula nasib si pemegang2 gold bar…..takkan agro bank jer sanggup terima……apa citer bank lain?

    [Reply]

    Sabri Reply:

    Ar Rahnu Bank Islam pun terima goldbar sekarang

    [Reply]

  2. Kat mana ya caw. bank islam yang ada arrahnu di KL/Selangor… Agrobank dah tak terima gold bar dan dinar

    [Reply]

  3. ye ke arrahnu bank islam pun tak nak terima gold bar sekarang…sy baru je belajar labur emas..baru je beli emas goldbar PG…mcm mana ni?

    [Reply]

    Sabri Reply:

    setakat info yg sy dapat,bank islam terima

    [Reply]

  4. Assalamualaikum..

    Simpan emas dlm bentuk gold bar utk jangka panjang. betul ke? saya pun sudah beli dua GB utk anak2 saya, aya harap bila umur mereka mencapai 17th nilai pasaran akan dapat membantu utk pendidikan mereka.

    bagaimana untuk sya janakan pelbagai pendapatan utk masa depan mereka, kerana utk capai umur 17th tu satu jangka masa yang lama lebih sedekat.

    boleh tak kiranya ada sesiapa yg sudi memberikan sedikit ilmu utk dikongsi disini.

    *utk makluman (saya menyediakan dana pelajaran untuk Islamic Education)

    [Reply]

  5. Salam…..

    Saya tengah mengguasakan untuk membuka perniagaan Ar-Rahnu dengan menggunakan platform Koperasi / Ar-Rahnu – RHB Islamic Bank…

    Saya telah berkecimpung dalam perniagaan Ar-Rahnu dan yakin dengan perniagaan Ar-Rahnu adalah satu produk cagaran yang tidak mendatangkan kerugian kepada pihak bank, asalkan barangan gadaian tidak terlibat kepada barangan tiruan.

    Kertas kerja Ar-Rahnu adalah berkonsep kepada perkongsian keuntungan dan yang penting barangan gadaian yang akan dimasukkan sebagai “Benificiary Owner” iaitu sebagai pembiayaa utama kepada projek Ar-Rahnu ini.

    Saya amat berharap kiranya pihak tuan berminat untuk menjalankan perniagaan ini, saya amat berbesar hati untuk membentangkan kertas kerja ke-pihak tuan dengan kedar yang segera.

    Jamal – 012 2522067

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *