Bila Nak Beli Emas ?

Salam sahabat emas….Bila nak beli emas dan waktu sesuai beli emas ? Mungkin ini persoalan yang sering bermain di fikiran anda bila terdetik dihati untuk membeli emas.Baiklah saya akan cuba huraikan dengan bahasa yang cukup indah ( seindah kilauan emas ) dan mudah untuk difahami.

Bila nak beli emas dan waktu sesuai untuk beli emas ? Jawapan yang paling mudah dan tepat ! Beli sekarang !!!!!!

question_mark_box

Bagi mereka yang mempunyai modal / duit yang mencukupi :

Bagi pembeli emas yang mempunyai wang / modal / duit mencukupi , waktu sesuai untuk beli emas adalah sekarang.Anda tidak akan rugi membeli emas sebaliknya untung.Sebagai contoh anda membeli emas hari dengan saya seberat 20gram dengan nilai RM2518.00.Tiba-tiba esok harga emas turun dan harga emas 20gram menjadi RM2400.00 , tentu anda akan rasa kerugian . Sebenarnya anda tidak akan rugi kerana emas dalam masa jangka masa pendek ada naik turun , namun jangka masa panjang harga emas akan naik.

Bagi mereka yang tidak mempunyai modal / duit yang mencukupi :

Bagi mereka yang tidak mempunyai modal / duit mencukup , waktu sesuai untuk membeli emas adalah semasa harga emas turun.Ini memerlukan lebih pengetahuan dan pemerhatian bagi mengetahui masa / waktu harga emas turun.Kebiasaanya harga emas berlawanan dengan mata wang USD.Saya sendiri belum mahir dalam menentukan masa harga emas naik dan turun.So pada pandangan saya , beli emas mengikut kemampuan kita sebagai contoh , beli 1 dinar setiap bulan sebagai simpanan.

p/s : Jika anda semua mempunyai pandangan dan komen dipersilakan bagi memperbaiki apa yang perlu diperbaiki :

2 Responses so far.

  1. ebizz says:

    Salam

    Saya juga merasa kerugian, sekiranya harga jualan turun. Maklumlah asyik terconvertkan RM sahaja. Konsepnya : Adakah emas itu naik atau turun harganya atau DUIT itu sebenarnya yang turun atau naik. Yang penting ingatlah janji Nabi Muhammad SAW adalah benar.

    Sebelum saya menyimpan emas ini, saya mengambil masa yang lama untuk mengkaji perjalanan emas itu sendiri, matawang2 yang ada, matawang sandaran emas, negeri/negara2 pengeluar emas. Betapa kukuhnya duit mereka.

    Menyimpan harta kekayaan dlm bentuk emas adalah hikmah Allah SWT untuk hamba2NYA yang terpilih. Tak semua orang akan memilih emas sebagai penyimpan nilai, tetapi alhamdulillah kaum hawa pantai timur diberi ilham oleh Allah SWT untuk menjadikan emas sebagai perhiasan diri yang secara tidak langsung menyimpan aset bernilai.

    Bacalah salasilah keturunan bangsa melayu, tentu tuan puan akan teruja.

    Terima kasih.

    [Reply]

  2. didi says:

    kawan syg yg meyakinkan sy untuk simpan emas…dan dengan info2 yg telah sy jumpe tentang kebaikan menyimpan emas dr segi islam dan masa depan…alhamdulillah, sy telah pon mmbeli satu dinar emas hari ini sebagai permulaan dan akan membeli satu dinar bg setiap bulan..untuk simpanan masa depan..hehe..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *