Bina Keyakinan Klien Emas
USAHAWAN tempatan yang ingin mengembangkan perniagaan atas talian (online) perlu meyakinkan pengguna dengan menyediakan maklumat telus mengenai latar belakang perniagaan, sekali gus membantu mengembangkan industri perniagaan online di negara ini.
Pakar Pemasaran Internet terkemuka Amerika Syarikat, Chris Randolph berkata, ini kerana cabaran usahawan Internet adalah sukar untuk mendapatkan kepercayaan daripada pengguna dalam talian berikutan ia tidak membabitkan komunikasi bersemuka dan bergantung kepada keyakinan pengguna menjual produk atau perkhidmatan.
“Justeru, usahawan perlu berusaha meyakinkan pengguna dengan memberikan maklumat jelas mengenai perniagaan atau produk secara terperinci dengan menggunakan segala kemudahan yang ada,” katanya ketika ditemui pada seminar mengenai program kerjasama Rakan Niaga Harmony di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, pemasaran Internet semakin berkembang di negara ini di dorong kadar penembusan Internet negara yang tinggi kira-kira 70 peratus dan mempunyai potensi luas kerana ia menjadi kaedah mudah untuk mendapatkan wang dengan kos minimum.
“Namun, tanpa keyakinan pengguna, tidak mungkin sesuatu produk dapat dijual. Oleh itu, usahawan perlu bijak dan telus seperti menyediakan maklumat perniagaan tepat, jaminan produk, nombor telefon untuk dihubungi selain mengadakan peluang bersemuka dengan pengguna dalam membina perniagaan,” katanya.
Mengulas mengenai program Rakan Niaga Harmony, Chris berkata, ia dibangunkan enam bulan lalu oleh sekumpulan pakar pengaturcara Internet tempatan. Melalui program itu, rakan niaga yang berdaftar akan ditawarkan 20 peratus komisen bagi setiap jualan produk kesihatan Harmony dengan mempromosikan di laman sosial masing-masing seperti Facebook dan Blog. – Harian Metro
p/s : Bagi mereka yang ingin bergelar usahawan emas secara online , buku “Rahsia Usahawan Emas” dapat membantu anda .