Bisnes Public Gold Tergolong Dalam Kuadran ?

Bisnes Public Gold Tergolong Dalam Kuadran ? Baca artikel di bawah , pasti ada jawapannya.

Adakah MINDSET yang kita ada sekarang membantu bisnes kita untuk berkembang?

Saya mahu jelaskan Empat Kuadran yang diperkenalkan oleh Robert T. Kiyosaki.

image

1. Employee (Pekerja)
2. Self-Employed (Bekerja sendiri)
3. Business Owner (Pemilik bisnes)
4. Investor (Pelabur)

Kita melihat kuadran (rujuk gambar) ini sebagai satu status atau ‘mindset’?

Kenapakah kita harus lihat ia sebagai ‘mindset’?

Dua kuadran yang majoriti orang bisnes berada :

1. Self Employed
2. Business Owner

Majoriti pemain baru dalam bisnes berada di kuadran ‘Self Employed’, iaitu bekerja sendiri, juga pemilik bisnes kecil atau buat bisnes secara part time.

Self Employed (bekerja sendiri), mereka ini hampir tiada atau mempunyai kurang daripada 5 orang pekerja.

Ketika ini mereka masih bekerja ‘in the business, not on the business’. Pendek kata, ‘business owns you, not you own the business’.

Bisnes kita bergantung kepada batang tubuh kita. Tiada kita, maka bisnes juga tidak bergerak. Hayat bisnes juga bergantung kepada hayat hidup kita.

Apabila kita sakit, bisnes kita juga tidak jalan, means kita tidak dapat income.

Malah ada guru bisnes menganggap ‘Self-Employed’ ini bukanlah berniaga. Mereka hanya bertukar kerja. Dahulu bekerja dengan majikan, sekarang bekerja sendiri.

Self Employed mempunyai isu lebih kurang sama dengan kuadran Employee (pekerja makan gaji) iaitu, apabila tidak bekerja, maka tiada pendapatan. Majoriti pemain baru bermula di kuadran ini.

Tidak penting di mana kita bermula. Tidak salah dan tidak perlu malu pun berada di kuadran ini.

Sebelum mengulas lanjut, saya kongsikan dahulu apa pula maksud ‘Business Owner (B)’.

B ini, pendapatan bukan lagi bergantung kepada berapa jam bekerja, ia bergantung kepada sistem yang dibina.

‘Leverage’ masa, tenaga, kemahiran, fikiran berlaku di tahap ini. Keseluruhan organisasi telah melalui proses pengukuhan sehingga Business Owner mampu tinggalkan bisnes mereka selama 6 hingga 12 bulan.

Pada masa yang sama, bisnes mereka tetap berdiri teguh dan berkembang seperti biasa.

Kesimpulannya, Self Employed (S) – Bekerja sendiri. Business Owner (B) – Mempunyai sistem dan orang bekerja untuk kita.

Ok, bagaimana kita mahu berpindah daripada kuadran S ke kuadran B dalam masa 5 hingga 7 tahun akan datang?

Sebenarnya kita tidak dapat berpindah!

Apa yang kita dapat buat ialah bergerak. Bergerak setangga demi setangga sehingga kita dan seluruh organisasi kita berada di kuadran B. Di sini baru boleh dikaitkan dengan ‘Mindset’.

Walaupun kita dan bisnes kita berada di kuadran S, ‘MINDSET’ kita sudah sampai di kuadran B. Kita sudah pun berfikir seperti B.

Kita mula bergaul dengan usahawan B untuk belajar dengan mereka. Sistem dan cara kita bekerja sudah tiru apa yang B buat. Kita buat dalam skala bisnes kecil kita.

Apa yang tidak betul, kita berada di kuadran S, tapi mindset dan cara kerja kita juga berada di S. Lebih teruk, ‘mindset’ kita sebenarnya masih berada di Employee (E).

Saya tidak bermaksud sesiapa yang masih di kuadran E itu teruk. Ia mengenai CARA BERFIKIR, bukan status kita.

Ada E yang berfikir seperti B dan sedang berusaha ke arah itu. Ini bagus, potensi besar untuk E berkembang apabila dari awal mempunyai mindset yang betul.

Apa yang lazimnya individu yang masih part time dalam bisnes atau bekerja sendiri (SE) yang mempunyai ’mindset’ B buat :

+ Kita belajar dan bertindak melaksanakan strategi jangka panjang pembangunan bisnes.

Kita tidak berfikir sesingkat 30 hari kehadapan. Apa target kita paling kurang 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun akan datang.

+ Polisi dan SOP dibangunkan walaupun staf baru ada seorang.

Pengurusan kewangan syarikat diuruskan mengikut Polisi dan SOP yang betul. Kita asingkan duit syarikat dan duit peribadi.

Kita tidak sesuka hati campur aduk dan belanja ikut suka duit bisnes.

+ Kita belajar dan bertindak bagaimana mahu bina ahli pasukan mengikut perkembangan bisnes kita.

Kita belajar ambil staf pertama, kemudian kita tambah dan tambah.

+ Kita belajar bekerjasama dengan pihak lain. Win-win situation supaya bisnes kita dan mereka berkembang.

+ Kita belajar cara efektif mendelegasi kerja kepada ahli pasukan. Kita belajar bekerja dalam kumpulan.

+ Kita labur duit keuntungan dengan cara membawa masuk orang yang lebih pintar untuk membawa bisnes kecil kita ke tahap lebih tinggi.

+ Kita labur duit keuntungan untuk membeli sistem-sistem yang melicinkan operasi bisnes kita.

.

Kesimpulannya, biarpun kita bermula sebagai SE, MINDSET dan SISTEM KERJA kita yang sampai dulu di B, dalam skala bisnes kita.

Barulah lama-lama kita dan seluruh organisasi secara REALITInya akan betul-betul berada di B.

Ketika di B, bisnes kita sudah besar, ahli pasukan juga bertambah ramai. Mungkin cabang bisnes dan anak syarikat juga bertambah, automatik rakan kongsi pun bertambah.

Jika di SE, kitalah yang kira sendiri duit kita. Apabila organisasi kita sudah berada di tahap B, kita sudah mempunyai orang lain yang kira duit kita. Bukan seorang dua, satu department lagi! – FB Hasbul Ariff

One Response so far.

  1. azrinros says:

    Mengharapkan suatu hari nanti akan menjadi Business Owner dengan Passive Income.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *