Duduk Bangun Emas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mesti anda tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan tajuk kita hari ini iaitu ” Duduk Bangun ” . Artikel ini amat sesuai untuk mereka yang bergelar usahawan dan penyimpan emas yang sentiasa ada ?????  ” bila harga emas nak naik ” dan “bila harga emas nak turun” .

Usahawan – Sebagai seorang usahawan , anda wajib mengalami proses “duduk dan bangun” dalam perniagaan yang diceburi termasuk perniagaan emas dan perak.Anda tidak semestinya akan berjaya dalam perniagaan esok hari tapi tidak mustahil anda akan berjaya hari berikutnya. Mungkin anda tidak dapat meyakinkan pelanggan hari ini tapi tidak mustahil anda akan berjaya hari berikutnya.Mungkin anda tidak berjaya menjual emas hari ini tapi tidak mustahil anda akan berjaya menjual emas hari berikutnya.Mungkin anda tidak untung hari ini tapi tidak mustahil anda akan untung hari berikutnya.Begitulahhhh lumrahnya……

Apa yang penting sebagai seorang usahawan emas adalah KUASA TINDAKAN & TEMPOH TINDAKAN . Jika anda banyak ILMU EMAS sekalipun , tanpa kuasa tindakan anda tidak akan ke mana-mana . Sebagai seorang usahawan anda harus melalui proses TEMPOH TINDAKAN . Mesti ramai-ramai yang tertanya-tanya bagaiamana sehingga kini saya masih bertahan sebagai seorang usahawan emas.Jawapannya adalah ” SABAR & BUAT yakni tindakan secara berterusan tanpa ada rungutan.InsyaAllah anda akan berjaya……

PENYIMPAN EMAS & PELABUR EMAS – Sudah beberapa tahun soalan yang sentiasa diajukan kepada saya “bila harga emas nak naik” dan “bila harga emas nak turun” . Soalan ini agak sukar untuk dijawab dengan tepat tetapi boleh di analisas berdasar fakta dan isu semasa.Faktor utama yang mempengaruhi harga emas adalah :

1 – Pengaruh matawang USD dan krisis ekonomi.

2 – Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:

  • Untuk kegunaan industri.
  • Untuk kegunaan pelaburan.
  • Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara.
  • Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas.
  • Lain-lain kegunaan.

3 – Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:

  • Lombong emas di seluruh dunia.
  • Penjualan rizab emas oleh bank pusat.
  • Emas terpakai yang digunakan semula.

So kesimpulannya , menjadi lumrah harga emas dan perak dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui proses “duduk dan bangun” = “turun dan duduk” sehingga ……….. ( bila emas dijadikan pengukur matawang / matawang ).

Artikel ini tiada kaitan dengan slogan perhimpunan Bersih 3.0 iaitu Duduk Bantah yang baru selesai dianjurkan.Artikel ini diulas mengikut isu semasa di Malaysia yang hangat diperdebatkan . Duduk Bangun yang dimaksudkan adalah naik dan turun perkembangan seorang usahawan dan naik dan turun harga emas dunia  . Peace no war 🙂

2 comments

  1. Pingback: petalingstreet.org
  2. Turun vs Naik,Duduk vs bangun, begitu lee dgn emas…
    Namun untuk jangka pjg…insyallah tetap naik dan bangun…
    Jgn risau beli dan nilai semula ikut kaedah purata…mesti senyum

    Hemm risau…risau relaks kat Melaka dan menginap di
    Homestay Seri Cempaka, Melaka
    http://bajethomestay.wordpress.com
    atau call je 0103342414
    Tempahan dibuka sekarang sehingga dis2012

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *