Empat Anggapan Salah Tentang Emas Fizikal

EMAS adalah logam paling berharga ciptaan Allah. Mahu atau tidak, percaya atau tidak, sememangnya emas Allah s.w.t ciptakan untuk manusia bagi kemudahan manusia. Tidak ada seorang sainstis di dunia ini, yang berjaya mencipta emas.Melalui pengalaman dan pemerhatian saya , masih ramai mempunyai anggapan salah tentang emas fizikal.

orang kaya emas

MODAL BESAR .

Sebut EMAS , dalam fikiran mesti untuk golongan tertentu sahaja ( kaya & wanita ) . Anggapan sebegini menutup ruang mengenali emas dengan lebih dekat.Aku tak ada duit ? Aku tak mampu nak beli emas . Orang kaya jer boleh beli emas . Emas mahal lah….Antara perasaan serta kata-kata yang selalu bermain di fikiran dan di ucap melalui lidah.

Emas bukan untuk golongan tertentu sahaja.Emas untuk semua golongan , kaya ke , miskin ke , wanita ke , lelaki ke ,cina ke , melayu ke , india ke , pekerja ke , tokey ke , pelajar ke .Memiliki emas pada hari ini tidak memerlukan modal ribuan ringgit.Dengan hanya ratusan ringgit sahaja mampu memiliki emas.Banyak ke nilai ratusan ringgit ( RM100 ) , tentu tak banyak jika nak di bandingkan dengan komitmen handphone di tangan , bill Astro , makan di KFC dan seumpamanya.

UNTUNG SEGERA .

Jangan sesekali percaya , beli emas fizikal seperti beli saham ( beli hari ini jual esok ) . Walaupun pergerakan harga emas fizikal seiras pergerakan harga saham tapi berbeda.Keuntungan emas bergantung pada pergerakan harga emas dalam tempoh tertentu.Beli emas hari ini dan nak jual esok memang cari rugi melainkan “usahawan emas” dan pergerakan harga emas “terkejut”.

EMAS FIZIKAL SAMA NILAI .

Sebelum memiliki emas , mesti tahu apa kah tujuannya.Sebagai contoh , beli barang kemas untuk disimpan ( kurang tepat ) . Barang kemas sesuai di pakai bukan di simpan.Untuk simpanan , emas dalam bentuk kepingan / goldbar , syiling dan dinar amat sesuai.Emas juga memiliki kualiti berbeza , kualitinya di ukur melalui ketulenan . Semakin tinggi ketulenan semakin tinggi nilainya .

Berikut adalah jadual kualiti emas mengikut ketulenannya ;

24 karat (99.9% ketulenan atau lebih tinggi) (emas sepuluh)
22 karat (emas 916, 91.6%)
21 karat (87.5%)
20 karat (83.3%)
18 karat ( 75.0% emas) emas yang mempunyai batu. (cincin tunang, cincin perkahwinan)
14 karat ( 58.5%) emas campur , biasa digunakan orang-orang tua kita dulu kala
10 karat ( 41.7%)
9 karat (37.5%) emas suasa, biasanya dijadikan cincin lelaki.

TIADA RISIKO KERUGIAN.

Banyak kelebihan menyimpan emas fizikal tapi emas juga ada risiko kerugian.Risiko kecurian dan risiko tetipu . Untuk megelak risiko kecurian , pastikan simpan emas di tempat selamat . Kalau simpan di rumah , pastikan di tempat yang tidak di sangka oleh pencuri.Contoh dalam peti sejuk.Risiko tertipu pula , pastikan cukup ilmu di dada melalui kajian dan bacaan melalui internet atau tanya mereka dalam bidang emas.

 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *