Gadai emas di Ar-Rahnu X’Change

KOPERASI New Straits Times Press (Malaysia) Berhad ditubuhkan pada 11 Disember 1967 dan selama 41 tahun, koperasi ini hanya memberi perkhidmatan berupa skim pembiayaan dan perlindungan kepada anggotanya.Pada September 2009, Koperasi NSTP (M) Berhad mengorak langkah dengan menceburi bidang peruncitan dikenali sebagai Koop Shoppe dan kini pada Oktober 2010, menyertai bidang francais Ar-Rahnu X’Change.

Ar-Rahnu X’Change adalah perniagaan pajak gadai Islam di bawah sistem francais Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad menerusi anak syarikatnya, Rakyat Management Services Sdn Bhd.Bank Kerjasama Rakyat berpengalaman dalam perniagaan ini selama 17 tahun iaitu sejak 1993. Penjenamaan perniagaan ini dilancarkan pada 7 Disember 2006 dan projek ini disokong Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menerusi pengalaman dan prestasi menggalakkan daripada koperasi yang menceburi perniagaan ini, Koperasi NSTP (M) Berhad juga memulakan perniagaan Ar-Rahnu X’Change pada 4 Oktober baru-baru ini bertempat di No A-G-1, Blok A, Arena Mentari, Jalan PJS 8/15, Dataran Mentari, Petaling Jaya, Selangor.Koperasi NSTP (M) Berhad adalah francaisi ke-14 dan berharap keuntungan koperasi akan bertambah dari semasa ke semasa. Ini juga seiring dengan kehendak anggota dalam mempelbagaikan perniagaan tanpa bergantung kepada perniagaan tradisi iaitu skim pembiayaan.

Di samping itu, pihak pengurusan Koperasi NSTP juga berharap dapat membantu masyarakat umum dalam usaha memperkenalkan sistem pajak gadai Islam yang bebas daripada riba.Peminjam pula tidak dikenakan bayaran faedah dan hanya perlu membayar kadar upah menyimpan emas terbabit.Di samping itu, Ar-Rahnu X’Change akan menjadi salah satu sumber alternatif pengguna dalam mendapatkan pembiayaan.- myMetro

3 comments

  1. ar rahnu exchange x terima gold bar. br td ke ar rahnu exchange pandamaran/bukit tinggi klang…pelik juga sbb ada tertulis kt notice board yg dorg dah mula terima gold bar (tp emas PG x termasuk) tp bila ty staff kt sana x terima pule.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *