Goldbar & Dinar Tidak Diterima Di Ar Rahnu Bank Malaysia

Salam sahabat emas semua….gosip yang baru saya terima menyatakan goldbar/dinar/wafer/jongkong emas atau seumpamanya tidak lagi diterima di Ar Rahnu Bank dot dot dot ( teka sendirilah ).Inilah menjadi persoalan sebilangan besar peniaga dan pembeli jongkong emas dan dinar.

  1. Adakah emas dalam bentuk goldbar/dinar/wafer/jongkong emas tidak bernilai ?
  2. Adakah kami menjual dan membeli emas curi ?
  3. Adakah pihak berkenaan tidak dapat mengaut keuntungan melalui gadaian ?
  4. Adakah pihak berkenaan tidak kaji kesan tindakan tersebut ?
  5. Adakah……Adakah…..Adakah………???????

Saya banyak menerima panggilan dari kawan-kawan meluahkan perasaan kecewa dan terkilan.Apakah salah kami semua ?

Salahkah kami berniaga / membuat pelaburan di landasan yang betul.Kami tidak mencuri , kami tidak menipu , kami hanya berniaga dan memberi peluang kepada orang lain untuk memiliki emas.

Salahkah kami memberi peluang kepada rakyat Malaysia supaya menyimpan/kunci kekayaan dalam bentuk emas.Negara lain kecoh menggalakan rakyatnya menyimpan emas.Tapi kita !!!!!!!!!

Pihak berkenaan harus ingat , jatuh bangun sesebuah bank kerana pelanggannya.Jangan terlalu mengejar keuntungan sehingga kebajikan pelanggan tergadai.So saya harap pihak berkenaan tidak membuat keputusan sebelum membuat kajian terperinci.

Hebohkan pada pelanggan perkhidmatan yang disediakan tetapi info yang diberi tidak sama dengan perkhidmatan yang disediakan.Ar Rahnu adalah tempat sesuai untuk orang ramai Islam/bukan Islam gadai emas jika memerlukan duit fiat tapi fungsinya tidak sehebat sistemnya.

Satu lagi persoalan bagi kami semua , mengapa hanya 2 bank sahaja yang memberi perkhidmatan Ar Rahnu / gadaian Islam (setakat yang saya tahu ) ? sedangkan kita sebuah negara Islam.

So jalan penyelesainnya bagi mereka yang mempunyai goldbar/dinar/wafer/jongkong emas atau seumpamanya dan terdesak untuk guna duit bolehlah gadai di gadaian swasta punya atau pun lebur dan jadikan barang kemas ( kaedah ini merugikan ).Pemilik emas tidak perlu risau sama sekali kerana emas tetap emas dan terus bernilai sampai bila-bila.

p/s : Artikel ini tidak bermaksud menghentam atau mengutuk mana-mana pihak.Saya hanya menyuarakan pendapat / luahan pemilik emas di Malaysia.Semoga luahan ini dapat memperbetulkan keadaan.

16 comments

  1. Salam,

    Saya sangat bersetuju dengan pandangan yang diutarakan. Memang benar, negara kita yang diheboh-hebohkan sebagai sebuah negara Islam, tetapi amat malang sistem-sistem kewangan, perundangan dan sebagainya lebih mengutamakan sistem penjajah. Sepatutnya kerajaan mesti peka dengan perkara ini. Jika ingin mengistiharkan sebagai negara Islam, sepatutnya sistem-sistem yang berbentuk islamik perlu diutamakan. Tapi ia tidak terjadi di sini. Kenapa..??

    [Reply]

  2. Satu lagi. Kebanyakan bank-bank yang menjalankan perkhidmatan ar-rahnu nie memang tak berapa tau pasal emas nie. Kalau gi pajak kat tempat ar-rahnu sebenar, memang saya salute la pegawai kat situ. Memang sangat berpengetahuan tentang emas nie. Tapi kalau bank…. minta maaf la, jarang yang saya jumpa yang betul-betul mahir dalam emas nie.

    [Reply]

  3. salam semua
    selamat sejahtera
    alhamdulillah

    Saya tidak berniat utk mengomen, cuma nak menonjolkan diri sahaja.

    Pertama : Niat – apakah niat kita sebenarnya memiliki emas. sebagai simpanan nilai kah, sebagai rempitan kah, sebagai perhiasan kah atau sebagai gah kah atau ikut-ikut orang kah…….

    Kedua : Bank mungkin mengesan sesuatu yang fishy pasal emas ni. Tiba2 banyak gold bar dipasaran. Kijang emas pun tak seramai mana dan stok pun semakin berkurang. Tindakan kerajaan tidak selari dengan tindakan syarikat pengeluar emas bar/wafer/keping. Pasaran kita telah overload dgn emas syarikat.

    bank juga terpaksa meneliti semula sistem gadaian mereka takut2 tak lepas kos perhead apabila barang kemas atau bar dilelong. Kemungkinan akan berlaku correction pada harga emas dalam masa terdekat ni. jadi bank, ambil lagkah awal utk meminimakan masalah.

    Malas lah nak cerita….

    TQ

    [Reply]

  4. cerita tukang emas,gold bar diragui isi dalamnya kerana ada setengahnya berisi tanah liat.pengalaman saya jual gold bar kepada kedai emas biasa,selepas beberapa kali ditimbang,emas akan dipotong dua depan kita sebelum dibayar duit.Bank berhati hati takut terkena.

    [Reply]

    emas kini Reply:

    kalau emas keluaran Public Gold tidak logik ada kes penipuan pada pendapat saya..kalau emas keluaran syarikat/individu sy tidak dapat memberi jaminan ler

    [Reply]

  5. Assalamualaikum wbt

    Kalau nak gadai, pergi ke Ar-Rahnu branch Batu Cave. Ni alamat diorang:

    http://www.bankrakyat.com.my/108?p_p_id=56_INSTANCE_NLRW&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p_p_col_id=column-5&p_p_col_count=1&page=3

    Sy dah gadai dan dapat duit hampir RM100K minggu ni. Tauke nye bagus; En Jamaludin. Dia sendiri pun nak mula berniaga emas PG. Servis pun cepat sebab tak ramai orang.

    Haa…sambil2 tu, sy nak promote sket boleh? Kalau tak boleh, delete je ye tuan rumah. hehe… 🙂

    Salam perkenalan. Saya Mohd Alif Nordin dari KL.

    Terus terang saya cakap, saya sangat galakkan anda semua untuk libatkan diri dengan jual-beli emas ni sebanyak dan secepat mungkin! Semasa trend harga emas tengah naik ni, adalah lebih baik sekiranya sebahagian duit yang ada dalam ASB atau KWSP tu anda keluarkan dan jual-beli/melabur dalam emas.

    Buat masa ni, serious…fokus lah pada EMAS! In the long run pun, melaburlah dalam emas.

    Sekarang saya ada READY STOCK untuk:
    1) emas 1 dinar
    2) emas jongkong 20g
    3) emas jongkong 50g
    4) emas jongkong 100g

    Harga adalah mengikut harga semasa yang dipaparkan di http://www.publicgold.com.my

    Sila hubungi saya di 019-2624 250 untuk urusan jual-beli (utk lock harga dan set time dan tempat untuk urus niaga). Serah-terima emas dan duit mestilah pada hari yang sama anda lock price dengan saya.

    NOTA: Anda tidak akan dikenakan ‘Delivery Charge’ yang mungkin menjangkau RM30 per unit seperti yg di charge oleh Public Gold, tetapi tawaran ini hanya terhad kepada pembeli di kawasan KL dan Selangor sahaja.

    Terima kasih again tuan rumah! 🙂

    [Reply]

  6. salam semua…pada pendapat saya kenapa ar-rahnu tidak hendak/tidak menerima jongkong emas ini adalah pada dasar sementara.Jika kita lihat dari harga emas dipasaran dunia, harganya melampau naik berganda dan pakar analisis menyatakan yang harga emas bakal turun..dari harga sekarang.Tapi tidaklah turun sehingga terlalu rendah, mungkin disekitar US800-US900 (dimana sekarang ini harga disekitar US1200) atau rendah sedikit dari harga yg dinyatakan.So kesimpulannya…buat apa beli emas kita pada harga contoh:RM120/auns sedangkan harga akan datang bakal jadi lebih rendah dari harga yg dibayar pada kita.Dimana harga akan datang yg lebih rendah dari sekarang ini adalah liabiliti bagi mereka.Wasalam…

    [Reply]

    MySuperKids Reply:

    Adjust margin pinjaman jela drpd totally ban?

    [Reply]

  7. Berita berkenaan ar-rahnu BR dan Agro Bank tidak menerima gold dinar/coin/bar telah tersebar dari bulan ramadan yang lepas, ada cawangan yang menerima dan ada yang tidak terima, jadi alasan arahan dari BNM tidak boleh diterima pakai… apa penyebabnya masih samar….

    cuba alternatif yang lain
    – Ar-Rahnu PKB
    – Ar-Rahnu Yapeim
    – Ar-Rahnu Kotani
    – Ar-Rahnu Exchange

    [Reply]

  8. Saya rasa pendapat di atas semua betul. Saya cuma ingin menambah sedikit. Pada hemat saya, Bank Rakyat pon ada menetapkan had bg setiap branch utk menerima pajakan emas ni.

    Apabila harga emas naik terlalu tinggi, harga gadaian mencecah 155.79 segram pada 4 Dec. Saya telah pajak 50g dan mendapat pinjaman 65% berjumlah RM 5094.

    Saya berdua dgn seorang kawan memajak emas 50g juga. Nilai pinjaman kami telah menjadi RM 10,188.
    Kita andaikan setiap hari ada 5 org memajak 50g.

    RM5094 X 5 = RM25 470.

    Jika 20 hari bekerja sebulan adalah 20 hari,
    Nilai pinjaman yg dikeluarkan oleh Bank adalah RM509,400.

    2 bulan menjadi 1 juta lebih. kita andaikan purata tempoh gadaian dibuat adalah paling kurang 6 bln.

    Selama 6 bln bank keluarkan modal 6 – 7 juta. Sedangkan bilangan orang yang tebus mungkin kurang daripada itu,dan tempohnya mungkin 8 ke 10 bulan, atau mungkin lps 10 bulan buat tebus gadai semula. Jadi bank mengambil masa yang agak lama iaitu 6 hingga 10 bulan untuk mendapatkan bayaran upah simpan penggadai.

    Kalau mcm bank pon boleh bankrup/habis duitnya.
    Bank akan kekurangan fund untuk rolling kat ar rahn nya.

    sbb tu lah, BR cpt2 stop terima gold bar, hanya terima brg kemas jer. Takkan nak bgtau fund blh kurang atau habis kalau tak stop? Dah la bank turut mengalami masalah kemahiran/kepakaran staff dlm mengendalikan gadaian. Risiko kepada bank tetap ada.

    hanya seposen pendapat dari saya.

    [Reply]

  9. Jika gold bar dijual balik kepada pembekal pada harga yang tinggi,pembekal nak jual kepada siapa pula untuk tukar balik kepada matawang pengaliran?
    Biasanya orang cuma beli barang pada harga rendah dan kurang belanja pada harga mahal,so tak hairanlah bank tak terima gold bar atau dinar.Matawang Malaysia pun bukannya terikat hubungan dengan harga emas,hanya pakai kepercayaan masing2 aje.Lain lah kalau pembekal boleh terangkan macam mana dia boleh tukarkan gold bar yang diterima drpd pelanggannya kepada mata wang pengaliran pada harga emas yang paling tinngi sampai kedai emas pun sudah susah nak buat business.

    [Reply]

  10. asalamualaikum…. khabarnya AGROBANK juga tak mau lagi terima goldbar, benar ke? saya juga ada dinar dan beberapa goldbar 50g, 10g dan 20g. yg saya pajak kat agro masing2 1 goldbar 50g dan 1 dinar je. dgn adanya ar-rahnu ni la saya dpt tambah goldbar. tp bila agrobank tak lagi terima goldbar lepas ni brmakna payah la sikit nak buat pusingan.

    saya juga ragu2 nak guna ar-rahnu ni, saya buat ar-rahnu pun bila perlu saja sbb tu tak nak pajak semua emas yg saya miliki. keraguan saya berdasarkan nilai wang smakin jatuh dan kmungkinan juga suatu hari nanti wang fiat akan pupus sikit demi sikit. kalau situasi ini berlaku secara tiba2 misalnya dan kita simpan terlalu byk emas dlm ar-rahnu bagaimana nak tebus kalau bank tak terima wang fiat lagi sbb dah takda nilai. adakah bank2 ni akan ambik emas kita sbb mereka dah rugi byk pasal duit dah takda nilai, yg bernilai masa tu hanya emas dan mereka byk simpan emas yg dipajak oleh kita.

    jadi, saya fikir kita tak rugi pun kalau simpan emas sendiri kat rumah sbb bila wang tak lagi bernilai dan org pun tak nak terima wang lagi. yg org terima ialah sayur segar, daging segar, ikan segar, buah segar. maksud saya kalau kita nak beli daging misalnya, kita pula ada tanam sayur dan ada pemilik daging nak sayur jd kita tukar dgn pemilik daging tu. emas yg kita miliki skrg ni mngkin boleh digunakan utk beli tanah suatu hari kelak, dgn tanah itulah kita usahakan ladang sayur dan ladang ayam atau kambing. dan ada pemilik tanah yg byk juga akn cari emas utk jd modal utk mereka buka ladang sayur dan ayam.

    kita sama2 fikrikan segala kemungkinan sbb apa yg dibuat oleh bank2 skrg ni yg tak terima goldbar ada kaitan dgn masalah pd wang itu sdiri, adakah mereka tak cukup wang lagi, atau khuatir kalau harga emas turun atau ada hikmat Allah nak bgitau kita spya pertahankan emas yg kita miliki di tgn sbb DIA ada perancangan utk mengembalikan sistem kewangan Islam yg lebih adil dan bebas dr amalan riba pd masa akn dtg dgn mnghapuskan sikit demi sikit nilai matawang dgn menurunkan pelbagai bencana di seluruh dunia skrg ni.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *