Hanya 6 Peratus Rakyat Malaysia Ada Simpanan 6 Bulan

KUALA LUMPUR – Masalah kewangan yang membelenggu rakyat Malaysia kini dikatakan berpunca daripada sikap rakyat sendiri.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata, rakyat kini tidak dapat membezakan antara keperluan ataupun kehendak.

“Orang sekarang tidak fikir masa depan, bila ada banyak duit di tangan, mulalah gelap mata dan ingin berbelanja tanpa menyimpan sedikit pun.

“Selain itu, cara mereka menguruskan kewangan juga tidak betul kerana tiada pengetahuan atau asas kukuh di dalam bidang ini menyebabkan ramai yang gagal uruskan kewangan mereka,” katanya dalam soalan tambahan ketika sesi pertanyaan lisan menteri berkaitan isu mempertingkatkan tahap kemahiran kewangan  pengguna dalam menghadapi kos kenaikan sara hidup.

Tambahnya lagi, beliau turut berkongsi kajian yang menunjukkan hanya sebilangan kecil rakyat Malaysia yang punyai simpanan yang cukup dalam menghadapi kegawatan ekonomi ini.

“Terdapat kajian dilakukan kepada rakyat Malaysia, hanya enam peratus sahaja yang ada simpanan hingga enam bulan.

“Sebenarnya simpanan sebanyak enam bulan ini dijadikan penanda aras sekiranya ada apa-apa terjadi maka dari segi kewangan masih lagi baik.

“Namun bagi yang tiada simpanan maka masa depan akan jadi gelaplah,” katanya lagi.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/nasional/masalah-kewangan-berpunca-daripada-sikap-rakyat-1.654795

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *