Kedai Emas EmasKini

Salam sahabat emas dan selamat tahun baru bagi umat Islam seluruh dunia.Semoga tahun baru 1431H memberi seribu makna buat kita semua.Saat berganti minit , minit berganti jam , jam berganti hari , hari berganti bulan , bulan berganti tahun , tahun berganti abad , abad berganti ? . Tidak kira abad berganti apa sekali pun hidup mesti diteruskan.Namun sejauh mana kita memanfaat kehidupan terpulang pada diri kita sendiri.

Ramai pelanggan saya bertanya ” dimana kedai emas saya ” . Baiklah saya cerita sedikit mengenai kedai emas saya.Saya tidak mempunyai kedai emas fizikal/offline tetapi mempunyai kedai emas maya/online yang beralamat di www.emaskini.com.Mengapa saya memilih kedai emas maya/online berbanding kedai emas fizikal/online.Alasan yang paling kukuh adalah kedai fizikal/offline memerlukan modal yang besar lebih-lebih lagi kedai emas.

Jika anda tidak mempunyai modal sekurang-kurang RM10K anda tidak mampu memiliki sebuah kedai berbanding kedai maya/online hanya memerlukan modal serendah RM100 malah percuma.Kedai emas maya/online lebih berkuasa dari segi pasaran/marketing berbanding kedai emas fizikal/offline.Sebagai contoh anda membuka sebuah kedai emas di Kuala Lumpur , pelanggan anda hanya penduduk disekitar Kuala Lumpur.Jika anda memiliki kedai maya/online , pelanggan anda seluruh negara malah dunia.

Mengapa saya memilih pelaburan emas / perniagaan emas berbanding perniagaan lain ?

  1. Emas tidak rosak – Emas tidak akan rosak jika disimpan terlalu lama berbanding produk lain.
  2. Tidak Turun Nilai – Emas tidak akan turun nilai , malah ajaibnya semakin lama disimpan semakin tinggi nilainya.
  3. Tidak akan rugi – Anda tidak akan rugi , jika emas yang anda miliki tidak terjual.
  4. Tidak memerlukan modal yang besar – Ramai yang beranggapan perniagaan emas memerlukan modal yang besar.Bagi saya emas tidak memerlukan modal yang besar berbanding perniagaan lain. ( jangan bandingkan dengan MLM,Piramid dan seumpamanya :) ).

Itulah serba sedikit mengenai kedai emas saya dan mengapa saya menceburkan diri dalam perniagaan emas.Jika anda berminat jadi agen public gold/peniaga emas/pelabur emas sila hubungi saya untuk maklumat selanjutnya.

2 Responses so far.

  1. emas kini says:

    info tambahan: tidak memerlukan pekerja, dibuka 24 jam dan 365 hari, byr sewa kedai sekali setahun, tiada risiko kecurian…..

    [Reply]

  2. Luna says:

    mcm mana maksud nya ini?

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *