Keuntungan Sehari Melalui Sekeping Emas 50 Gram
Boleh dikatakan setiap hari saya menerima panggilan , soalan yang sering ditanya pada saya “banyak ke untung jual emas” . Keuntungan menjual emas bergantung pada berapa banyak modal yang di keluarkan.Kalau sedikit modal , maka sedikit ler keuntungan.Kalau besar modal , maka besar ler keuntungan. Baiklah hari in saya ingin berkongsi pengalaman membuat keuntungan melalui golbar 50 gram.Mungkin pengalaman ini , sesuai untuk agen-agen Public Gold.
Saya memiliki golbar 50 gram dengan nilai RM6797.00 ( semasa saya beli ).Sebagai seorang master agen saya mendapat komisen RM135.94 ( agen 1.5% dan master agen 2% daripada jumlah pembelian). Selepas itu , seorang pembeli emas telah membeli goldbar 50 gram dengan harga RM6658.00.Pada sebelah malam , harga emas turun sedikit dan saya terus membeli goldbar 50 gram sebagai ganti dengan harga RM6584.00.Sekali lagi sebagai master agen saya mendapat komisen RM131.68.So berapa keuntungan yang saya dapat melalui satu transaksi dengan seorang pembeli.
RM135.94 + (RM6658.00 – RM6584.00 = RM74) + RM131.68 = GOLDBAR 50 GRAM TIDAK HILANG + RM341.62
Mungkin yang mengatakan wowwww best nyer…..dan mungkin yang mengatakan alaaa sedikitnya.Apa pun tanggapan , ia tetap keuntungan melalui satu proses perniagaan yang benar dan tidak menindas mana-mana pihak.Jual dapat untung , beli balik dapat untung dan tak jual pun dapat untung.X payah cari pembeli , pembeli yang cari penjual.Itulah kelebihan emas yang tidak ada pada perniagaan lain.
pengalaman: beli dinar pada tahun 2004 pada ketika itu RM 240.00/dinar saya dapat sekarang dah berganda. beli emas tak rugi
[Reply]
Adakah kita boleh mengambil untung terhadap emas yang kita jual? Contohnya kita beli emas RM100 dan kita jual semula dengan harga RM120. Adakah RM20 yang kita terima itu tidak dikira sebagai RIBA? Emas adalah duit. Sebarang dividen dari simpanan duit kita itu kebarangkalian besarnya adalah RIBA. Apa bezanya dengan EMAS.. Harap En. Sabri boleh jelaskan kepada saya. Semoga kita semua dijauhi daripada perkara2 yang menyebabkan kita terjerumus ke NERAKA Allah… Satu lagi saya ingin tahu, Siapakah orang pertama yang memperkenalkan skim pelaburan emas ini? Adakah orang Islam atau Kafir Laknatullah…
[Reply]
Modal mcmana?
Modal-komisen = 6797-134.94 =6661.06
6661.06-6658= 3.06 saje x 134.94
[Reply]
kurang faham dengan maksud tuan
[Reply]
apa beza agen & master agen.. macam mana nak dapat status master agen
[Reply]
agen dapat komisen 1.5% dan tidak boleh lantik agen manakala master agen 2% komisen dan boleh lantik agen…nak dapat status master agen mesti jualan 300K
[Reply]
RM 6797-RM 135.94 MASA BELI-KOMISEN
MAKNANYA MODAL EN SABRI RM 6661.06
JUAL PD HARGA RM6658-RM6661.06 UNTUNG RM3.06
PASTU BELI 50g RM6584-RM6658 HASIL JUALAN EMAS PERTAMA UNTUNG RM74
UNTUNG KESELURUHAN
RM3.06+RM74+RM131.68 KOMISEN BELIAN KEDUA..
=RM208.74
BETUL KA EN SABRI..
[Reply]
Huhu bestnyer..blh dah bayar ccm kereta…
[Reply]