Kongsi Kejayaan Louis dan Kami Bersama Public Gold

Pendapatan pengasas Public Gold melonjak daripada RM1000,000 kepada RM10 juta dalam setahun.

Hasil idea bernas pengasasnya , Public Fine Gold International Sdn Bhd ( Public Gold ) yang menghasil dan menawarkan pelaburan emas dalam bentuk emas fizikal awal tahun 2008 dicatat sebagai syarikat tempatan pertama mengeluarkan jongkong emas dalam Malaysia Book of Records ( MBOR ) pada hujung 2008 dan tahun berikutnya syarikat itu direkod semula MBOR semula dengan penghasilan jongkon perak.

Berbekal idea pelaburan emas mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia kerana logam itu dianggap aset terungul yang mampu melindungi kekayaan daripada kesan inflasi dan deflasi biarpun berlaku kegawatan ekonomi , Public Gold berjaya melonjakkan pendapatannya daripada RM1000,000 ke RM10 juta dalam tempoh setahun.

Begitulah rekod Pengerusi Eksekutif syarikat itu , Louis Ng Chun Hau yang menerima pengiktirafan Usahawan Paling Berpotensi dalam Anugerah Usahawan Asia Pasifik 2010 (APEA 2010 ) di Kuala Lumpur.

Louis antara 44 tokoh korporat dan perniagaan tempatan yang menerima APEA 2010 yang disampaikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan , Dato Seri Ismail Sabri Yaacob.

APEA 2010 diadakan serentak dengan Anugerah Keusahawanan Bertanggungjawab Asia 2010 ( AKBA 2010 ) iaiatu pengiktirafan serantau anjuran Enterprise Asia bagi memberi penghargaan kepada usahawan yang bukan saja mencatatkan pencapaian luar biasa tetapi bertanggungjawab dan melabur untuk pekerjaanya.

Dalam pertemuan baru-baru ini , Louis nyata gembira dengan pencapaiannya , namun itu bukan alasan untuk berbangga diri mahupun mendabik dada menyatakan dirinya yang terbaik.Beliau lebih gemar merendah diri dengan menyatakan kejayaan diperolehi adalah hasil kerjasama “pasukan” yang mantap dan rahsia kejayaannya terkandung dalam moto hidupnya iaitu “Big Dream,Burning Desire,Stauch Perseverance”. Menurutnya , perniagaan tiada pengakhiran tidak baik , melainkan bisnes itu sendiri tidak baik dan kejayaan bergantung kepada pengurusannya.

Bagi Louis,pendekatan yang digunakan bagi membantunya mengurus Public Gold mencapai kejayaan dalam tempoh 2 tahun ialah sentiasa percaya dan akan berusaha menjayakan apa saja yang dirasakan betul.Saya juga berusaha memainkan peranan berkesan dalam merangka pelan perniagaan , strategi dan kepelbagaian perniagaan.Saya percaya tanpa komitmen menyeluruh dalam sesuatu bidang diceburi , kejayaan tidak mampu dicapai,” katanya.Public Gold kini mempunyai cawangan di Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan selain ibu pejabatnya di Bayan Lepas , Pulau Pinang – Harian Metro | 28 Ogos 2010 | Oleh : Kalidevi Mogan Kumarappa

So bagi mereka yang ingin sama-sama maju dalam pelaburan emas / perniagaan emas boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut di Talian Ada Tol : 6010-7890916 @ sebagai pengenalan bagaimana menyertai kami di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.