Mengapa Orang Melayu Dahulu Suka Menyimpan Emas
Salam sahabat emas….kadang-kadang semakin maju negara kita , orang Melayu kita semakin “kurang bijak” (maaflah kalau guna bahasa sedikit kasar).Cuba kita lihat orang tua-tua dahulu dengan orang sekarang.Orang dahulu tiada duit kertas tetapi banyak tanah dan emas.Orang sekarang banyak duit kertas tetapi tiada tanah dan emas.
Sepatutnya , kita harus kaji mengapa orang dahulu lebih suka menyimpan kekayaan dalam bentuk tanah dan emas berbanding menyimpan duit kertas (kalau dahulu duit daun pisang kot) . Pelikkan , walaupun orang dahulu tidak sekolah tinggi namun fikiran mereka lebih bijak dari kita semua.Namun saya tidak menyalahkan 100% pada generasi muda sekarang kerana keadaan yang menjadikan kita seperti sekarang.Hanya mereka yang berfikiran jauh mampu memahaminya.
Mungkin 5 sebab dibawah mengapa orang Melayu dahulu suka menyimpan emas :
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
—————————————————-
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.
Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan
kekayaan yang terunggul.
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
—————————————————————————–
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!
Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?
Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM122 segram!!
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
———————————————————————————-
Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup..
4. Aset yang terunggul
——————————
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ?wang kertas Iraq? yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan.
——————————————
Emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.
Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.
Betul tu….saya masih ingat zaman Jepun dulu, nenek saya simpan dalam tanah…takut kena ambil, tapi lepas perang, bila gali balik, beratnya tidak susut. Ada lagi saya simpan satu…ambil drp arwah ibu saya….
Kalau org pantai Timur…duit hantaran tu mak ayah mesti suruh beli emas tak kira lah gelang, rantai dll….kalau hantaran masa tu 5 ribu…semua duit tu beli emas….tgk hasilnya skrg…dulu masa saya kahwin tahum 2000,harga emas 36 segram…kalau saya jual emas tu skrg…brp kali ganda harganya.
Lagi satu cth saya dpt satu gelang pemberian arwah ibu pd thn 1998, harganya masa tu hanya RM2200(termasuk harga upah)….tapi skrg …harganya 7000…itu pun selepas tolak harga spread…bygkan untungnya skrg….
Jadi…belilah emas skrg….kerana harganya makin lama ..makin naik…..
[Reply]
emas kini Reply:
November 12th, 2009 at 5:39 pm
wowwww…kira nmzyah ada brg emas antik ler ni…..best nyer….
[Reply]
org kita skrg terlalu byk disogokkan dgn kemewahan kebendaan yg kurang bernilai spt kereta mewah, handphone dan segala mcm benda lg.. tak tau mana silapnya.. semua bfikir wang fiat adalah segala2nya.. wang sejati adalah wang emas bkn wang kertas..
[Reply]
sbbb tu kita org pntai timur suka bli emas…tuk hiasan dn pelaburan jgka pjg..dlu sya bli emas 34 segrm..lani rege RM100++…brp kali ganda dh…rantai kawen dlu dh brlipat ganda rege skrg..dlu bli RM 500 je..lani maunya RM2000++
[Reply]