Nak Tahu Samada Ada Masalah Kewangan ?

Seseorang yang belum mampu menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan adalah orang yang ada masalah kewangan.

piramid perbelanjaan pendapatan
.
Masalah apa?
.
Sama ada [A] belanja berlebihan ataupun [B] pendapatannya sememangnya kurang.
.
Bagi masalah [A] kena ubah daripada tabiat suka belanja di atas kemampuan kepada tabiat belanja di bawah kemampuan. Kalau sesak sebab ansuran hutang, cari jalan untuk strukturkan semula. Selagi tak berubah, banyak mana pun pendapatan yang diterima, masalah duit tak cukup tak akan pernah surut.
.
Manakala bagi masalah [B] pula, nak tak tak nak kena cari jalan untuk tambah pendapatan. Mungkin cari sumber pendapatan lain, atau tingkatkan usaha supaya dapat hasil lebih banyak, atau mungkin tambah sumber pendapatan lain.
.
Siapa yang dah konsisten menyimpan minimum 10% pendapatan, saya ucapkan syabas dan tahniah. Anda ada di landasan yang betul untuk jadi orang kaya. Kalaupun tak kaya raya, insya-Allah masih boleh hidup selesa.
.
Simpanan ni tak kira datang dari gaji, komisyen atau bisnes, dan diterima sama ada harian, mingguan, bulanan atau tahunan. Dapat sahaja duit, simpan sebahagian. – Facebook RFS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *