Nisbah Emas Dengan Perak

Nisbah emas perak adalah suatu ukuran untuk membandingkan berapa banyak gram Perak yang diperlukan untuk membeli 1 gram emas.

Bagaimana untuk mengiranya ?

Formula Pengiraan :

Nisbah emas perak = Harga 1 oz emas / Harga 1oz silver

Sebagai contoh katakan harha emas dan perak pada ketika ini adalah :
Emas = USD 1212 /oz
Perak = USD 16 /oz

Maka nisbah emas perak = 1212/16 = 75.75

emas silver nisbah

Perhatikan bahawa nisbah ini boleh naik akibat kenaikan harga Emas ataupun penurunan harga Perak.Begitu juga nisbah ini akan turun sekiranya harga Perak naik ataupun harga Emas menurun.

Kenapa ini penting?

Mengikut US geological survey, jumlah Perak yang terdapat pada kerak bumi adalah 17.5 kali lebih banyak dari Emas. Sejarah juga telah menunjukkan bahawa nisbah emas kepada perak sepanjang beratus tahun lamanya, juga adalah sekitar 15 – 17. Tapi hari ini nisbah ini adalah 50 – 80. Dengan kata lain potensi kenaikan harga perak adalah lebih kurang 30 kali ganda berbanding harga emas skrg! Di tambah lagi dengan penggunaan dan permintaan Perak yang sangat banyak, seiring dengan perkembangan dunia dalam arus teknologi.

Malah ada yang menjangka nisbah ini akan lebih kecil dari purata yang sepatutnya, malah mungkin lebih rendah dari 1!! (bermaksud harga perak lebih tinggi dari emas).

Menurut Mike Maloney (seorang yg pakar dalam pelaburan logam berharga), Perak sekarang nilainya sangat rendah dari yang sepatutnya (undervalued), ditambah pula dengan manipulasi Perak yang dilakukan secara global oleh sesetengah pihak. Selain itu nisbah emas perak juga boleh dijadikan pentunjuk (indicator) kepada pelabur untuk beralih kemana, emas atau perak? Jika Nisbah tinggi, maka lebih baik beralih kepada perak dan jika nisbah rendah, lebih digalakkan beralih kepada emas.

Sumber :

– http://www.investinganswers.com/financial-dictionary/commodities-precious-metals/gold-silver-ratio-3519#.T8hygVvk0lw.facebook
– http://seekingalpha.com/article/206897-the-historical-gold-silver-ratio-and-why-it-s-time-to-buy-silver
– http://seekingalpha.com/article/315972-the-gold-to-silver-ratio-and-200-silver
– http://umatislamkenakaya.blogspot.my/2012/06/nisbah-emas-perak-gold-silver-ratio.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *