Pelaburan Emas-Virgin Gold Mining Corporation (VGMC) !

Tak sudah-sudah kerjanya menipu orang. Masih ingatkah lagi artikel tentang pembongkaran scam island red cafe malaysia. Sebelum itu terima kasih diucapkan kepada penghantar emel antivirgingold yang telah berkongsi maklumat terbaru ini. Yang saya kasihankan di sini golongan pelajar yang kabur mata bila mendengar janji manis untuk cepat kaya. Nak tahu kisah selanjutnya?

Setelah LifeStyle World Card telah gagal dalam cubaan sebelum ini (dalam pada masa yang sama ramai yang telah menjadi mangsa), pengarah Lifestyle World Card telah mempromosi SCAM TERBARU : Virgin Gold Mining, dengan beraninya menggunakan nama Bank Negara dan Islam.

Kononnya : Diiktiraf oleh sistem kewangan Malaysia di mana Bank Negara sendiri memainkan peranan besar dalam menyedarkan kepentingan pelaburan emas ini kepada orang ramai.
Sudah tentu ianya sah di sisi undang-undang dan juga halal dari segi Hukum Syariah.

Bank Negara dan Securities Commission Malaysia (SC) menyatakan bahawa Virgin Gold Mining adalah didapati mirip dengan Swisscash dan mereka akan mengambil tindakan terhadap semua individu yang terlibat sama dalam yang mempromosi skim cepat kaya seperti Virgin Gold Mining, terutamanya leader yang telah blacklist dalam swisscash.

Berikut adalah sebagian isi kandungan emel yang dihantar oleh Securities Commission Malaysia (SC) mengenai penipuan Virgin Gold Mining ini :

Tuan,
Sila ambil maklum bahawa syarikat Virgin Gold Mining Corporation tidak diiktiraf dan tidak diluluskan di bawah undang-undang sekuriti untuk menjalankan urus niaga pasaran sekuriti, pasaran niaga hadapan, urusniaga kontrak hadapan, termasuk memberi nasihat pelaburan atau/dan perkhidmatan pengurusan dana atau yang berkaitan dengan pasaran sekuriti atau pasaran niaga hadapan di Malaysia.

Pihak tuan adalah dinasihatkan supaya jangan melibatkan diri dalam mana-mana urus niaga syarikat tersebut. Pihak kami juga menggalakkan tuan memberikan kami maklumat lanjut berkaitan syarikat ini.
Para pelabur diingatkan supaya sentiasa mengambil tanggungjawab atas keputusan-keputusan pelaburan sendiri dan memberi pertimbangan yang sewajarnya sebelum melabur. Ini termasuk mengesahkan sama ada syarikat atau individu terbabit dilesenkan oleh pengawal selia yang sewajarnya bagi aktiviti yang dijalankan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Di mana aktiviti atau perkhidmatan tersebut membabitkan sekuriti, nasihat pelaburan atau pengurusan dana dalam sekuriti di Malaysia, tuan hendaklah mengesahkan status pelesenan atau kelulusan daripada pihak SC.

Pihak tuan juga boleh melawati laman web kami di www.sc.com.my untuk Senarai Laman Web/Produk Pelaburan/Syarikat Yang Tidak Diiktiraf SC (Virgin Gold Mining Corporation salah satu syarikat di dalam Alert List SC) maklumat lanjut mengenai Pengantara Berlesen kami dan maklumat lain berkaitan kawal selia pihak SC.Sekiranya tuan memerlukan apa-apa penjelasan, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan di talian 03-62048999.

Yang benar,
Sekian, terima kasih.
Suhani Selamat
Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Jadi untuk mengelakkan lebih ramai lebih banyak lagi mangsa lain yang terlibat dan tertipu oleh skim cepat kaya seperti Virgin Gold Mining itu, di harap pembaca semua dapat memaklumkan kepada seberapa ramai rakan-rakan Facebook anda.Source : Wikileaks

45 Responses so far.

  1. Dilla says:

    Thanks for this articles

    Ada kupasan pasal geneva tak? Ada dgr2 nya lebih kurang begini jugak lah modus operandinya

  2. nizam77 says:

    alhamdulillah ,tindakan pantas…..jumpa jer scam, tengok lain macam jer cara pusing duit nyer…..jgn banyak soal..report jer….fikirkan logik akal dulu sblm habuan untung….kerana itu memang modal semua program scam ini, ambil peluang dari kelemahan kita yg mudah terpana dgn untung segera….menutup minda sedar kita…..

  3. […] dam salam sejahtera.Walaupun secara terbuka saya menyatakan pelaburan emas VGMC adalah SCAM , masih ada yang mempelawa saya untuk menyertainya.Mungkin pengiklan tersebut tidak tahu or […]

  4. emas untuk segalanya says:

    alhamdulillah….join vgmc…2 bulan dpt mkn 1000 dah..xpe la…modal kecik…kecik la hasilnya…lama2 da balik modal…yg mempelawa tu sbb nk tlg kwn2..bkn untung ape pun…nk join jom…xnk sudah…org kate vgmc ni penipu sbb server luar negara..ini bukan skim nk melabur utk tggu hasil…kene keje…xkeje xdpt la hasil…keje nye bukan cri org…trade mcm kita trade forex matawang tu la…tp ini emas…klu xtrade..xde la hasil…sequrity negara ban vgmc atas alasan ape??? klu encik tau?? sbb xde lesen kat malaysia je…tp apa2 pun…klu bisnes takut rugi…jual otak2 pun blh rugi..

    Sabri Reply:

    tp yang pasti bagi orang Islam haram coz tiada emas fizikal dalam akad jual beli.tq

  5. Mohd Jamal bin Ya'akob says:

    Saya tertarik dengan komen dari anda “Emas untuk segalanya”.

    Pada pandangan peribadi, vgmc adalah syarikat luar negara dan apa jual syarikat dalam atau luar negara yang tidak mendaftar dengan SC sudah tentunya tidak diiktiraf. Malah, terlalu banyak juga syarikat lain yang tidak diiktiraf tetapi mereka masih beroperasi dalam pelbagai aspek tawaran perniagaan kepada penduduk di Malaysia, Thailand, Indonesia, Dhubai dan Shanghai. Terima kasih kepada kerajaan yang demokrasi di dalam hal ini.

    Secara positif, sebelum ini saya dan isteri banyak juga melabur dalam skim-skim tempatan dan luar negara yang berdaftar. Tetapi, penat ke sana ke mari, bercakap tanpa henti, soal moral dan aktiviti sosialnya kadang-kadang membuatkan saya tidak selesa dan isteri saya juga telah menghentikan jualan dan pelaburan di dalam skim sebegitu walaupun dia pernah mencapai ‘Diamond’.

    VGMC, saya adalah salah seorang pemegang sahamnya dan setakat 2 tahun ini, syukur pendapatan bertambah dan mampu untuk melunaskan hutang liabiliti milik sendiri dan isteri. Isteri saya yang dulunya buta internet juga dapat belajar cara bagaimana sesuatu saham itu ditinjau turun naik harganya, beli dan jual pada nilai yang dianggap sesuai serta melakukan ramalan dan kajian tentang harga emas dan perak serta potensi kedua-duanya kelak.

    Nasihat peribadi, terpulang pada diri kita sendiri dan ingatlah apa jual pelaburan dan perniagaan tidak kira siber atau manual tetap ada risikonya dan ianya hanya sesuai untuk golongan yang memiliki lebihan modal untuk ditambah untungnya bila peluang terbuka. Jika rugi, tidaklah sehingga membunuh diri atau pening kepala.

    Saya juga memohon kepada semua pelabur ‘VGMC’ supaya jangan menggelapkan wang dari pelabur baru kerana ini akan mengakibatkan kerajaan bertindak mengikut undang-undang Malaysia seperti yang pernah terjadi. Rujuk laman SC kita.

  6. shah says:

    salam pada kawan2..saya harap kita profesional dlm pelbagai aspek perniagaan.so jgnla kita kondem/merendah2kan bisness org lain krn rezeki Allah S.w.t yg beri.jadi buatla bisnss masing2 dgn berhemah jgn hanya tahu menghina atau menjatuhkan periuk nasi org lain k.sering kali Ejen2 atau salesman dari publicgold sering pndng rendah pd bisnss org lain padahal tauke2 emas x kecoh pun..tq

    Sabri Reply:

    yup betul tp mengikut sepengetahuan saya , lebih ramai yg mengutuk Public Gold :) . mengenai VGMC saya tidak mengutuk tapi menceritakan kisah benar.tq

  7. Shydi says:

    ikut pilihan hati masing2…..sedangkan ulamak menfatwakan ASB itu haram….makin ramai yang melabur juga…..orang islam plak tu….urus niaga VGMC bukannya membeli emas….kita cuma membeli saham sahaja….tkyah urusan angkat jual beli……
    duit sendiri….pikir2kan lah…

  8. Betul Betul VGMC says:

    Betul tu….. tapi dah dua tahun org buat duit dengan VGMC. Tepuk dada tanya selera. SCAM lagi ke mcm tu??? Sendiri joint sendiri untung. Tak pernah minta sedekah dari downline, sama sama buat duit. Kalau multilevel lain, downline tak buat kerja, boleh dapat untung ke? Pikir pikirkanlah…..

  9. richermind says:

    Salam, memang semua pelaburan ada risikonya, tak kira tempatan atau luar. Pokoknya disini adalah, adakah ianya memnuhi keperluan syariah dan mengikut kaedah Islam. Banyak rujukan boleh diperolehi.
    Anyway, tanyalah Iman kita. Benda ysng haram biasanya lagi sedap dan pulangannya dahsyat! Disitulah letaknya keteguhan kita terhadap ujianNya.

    Wassalam

  10. xxxx says:

    ala…. nak join blh habuan… kalau ko x nak join apa pn x buleh… sudah la rakan2 x yah nk betengkar…. mcm tuh la org melayu…. bangsa sendiri x nak caya…. yg penting kita ckup bulan masuk emas sudah… dok betengkaq pn bkn dapat emas… bek kita p melabur… hihiihh… asalamualaikum….

  11. paloh says:

    mak cik saya, parent saya, kawan saya malah saya sendiri menyertai VGMC…sepanjang saya tahu vgmc mcm main saham je..haram ke main saham ni??? saya nak tahu gak..

  12. gold trader says:

    Scam or not scam is rather subjective; it depends on policy of certain country. For instance, SC Malaysia never declares VGMC as a scam scheme, as the matter fact nobody can proves that VGMC is scam. It’s not a scam unless shareholders stop receiving their payment, or company start to bug off leaving shareholder with sweet promises. From what I’m understand SC only stated that VGMC is not permitted under Malaysian law under. This is probably because they don’t know what actually happened in VGMC, they don’t know where the money goes, how company is making profit and how is company going to pay shareholder. Therefore they put in “Hot List” to discourage Malaysian to invest in order to avoid them from getting scammed.
    As a shareholder in VGMC, I’m very aware about the risk of investment in VGMC. It’s the same risk if you put your money in any investment portfolio outside your country. You may loose your investment and government will never guarantee your money. But on the other side, this risk area also can give you a lot profit. Therefore, together with thousand of shareholder who actually aware about the risk choose VGMC as our investment portfolio. As long as we respect the law of our government that prohibits any person to advertise or encourage any person to invest this risky investment, then there will be no problem. For example, lots of person asking me about VGMC, I simply told them, see the website, see the risk that you will face. Contact directly VGCM if they have further question. Lastly invest at their own risk. A lots of investor aware about SC list, but they continue to take that risk as they have right put their money anywhere they want.
    As an Investor, you can allocate some of your investment in high risk area, put only 20-30 percent of your total investment in here. If you loose it, you won’t go bankrupt, but if you’re making profit, your income will have no bother. For people who work for someone else(worker), you are not an investor, if you put your salary in here, prepared for worst case and stop complaining if you loose your money. INVESTOR ALWAYS TAKES RISK, LIVES WITH RISK AND.. the hell with risk…..

  13. apocalypse says:

    Salam semua…yg pasti jika melabur emas tetapi tidak ada akad o fizikalnya di kategorikan sbgi haram…sekian terima kasih…sila rujuk ini….

    http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&do_pdf=I&id=764

    bacelah smpai abes n fikirkan lah…

  14. MJY says:

    Well!

    Gold trader’s comment is great and everybody may deliberate it. We want it we get it, we decline it we will not lose anyhow. Check mate.

    Apocalypse’s comment is acknowledged, and I will escalate the valuable information on lawful and prohibited of e-passbook and kijang emas offerred by Maybank (Honestly, I am a Maybank staff under Property Division at HQ Menara Maybank). I will revert upon confirmation by top management soon especially about the term of ‘Taqabud fil majlis’.

    I do not know whether electronic gold business is harmful to Islam or vice versa. This is because in gold investment, it is not necessarily vgmc but others as well, do have ‘We buy’ and ‘We sell’ click buttons. In other word, I buy-they(Company) sell, I sell-they(Company) buy. Like the way muslim people do business.

    My professional feeling says that it still makes sense. For instance, if a husband typewrites or declares I divorce you in sms text mode via a cellphone, the law is that she has been divorced officially and shall not stay together anymore as per the Syariah Court.

  15. gold slaughter says:

    ( xxxx says:
    July 27, 2011 at 9:17 pm
    ala…. nak join blh habuan… kalau ko x nak join apa pn x buleh… sudah la rakan2 x yah nk betengkar…. mcm tuh la org melayu…. bangsa sendiri x nak caya…. yg penting kita ckup bulan masuk emas sudah… dok betengkaq pn bkn dapat emas… bek kita p melabur… hihiihh… asalamualaikum…. )

    org nasihat pasai adalah wajib dlm agama untuk menasihati.. kurang2 org nasihat nanti kat akhirat ampa xyah ckp saudara2 ampa xnasihat, pasai org dah nasihat tp ampa xnk dengar.. jgn di tepuk dada kerana ia tanda2 riak.. tp bukakan mata renung2kanlah.. wassalam

  16. mangsa skim says:

    VGMC adalah scam yg bertopengkan trading program yg telah berkembang serata malaysia.Org ramai perlu kesedaran sebelum menjadi mangsa. selagi ada org masuk downline selagi itu company dapat bertahan rolling duit. tidak kiralah beberapa tahun pun sampai satu ketika dia akan tercekik dan org2 baru join akan rugi.Buktinya:
    a)trading program adalah software semata2 dan amat senang utk di buat oleh programmer untuk dipaparkan diweb. trading program adalah sehala hanya dapat kaut untung bila emas naik sahaja bukan masa emas turun. takde atas dunia trading program utk bet “long” saja tanpa “short”.
    b)pulangan 10% setiap bulan adalah concept skim cepat kaya. tiada syarikat diatas dunia ni dapat menjanjikan pulangan 10% setiap bulan.
    c)cuba telepon no telepon yg dipaparkan diweb diorg takkan ada orang jawab sebab ia adalah software call center. automatically akan masuk voice mail saja. software ni banayk diweb boleh host kalau nak untuk any business. office diorg pun tak wujud. kompani juta2 dan nak hire secretary nak jawab phone pun takleh ka?
    anda memang untung kalau masuk awal. kalau anda baru nak masuk hati2lah kerana anda mungkin tak sempat nak dapat balik modal kalau company kena ban atau dicekup oleh banknegera

  17. Suriani Infiniti says:

    Ana yakin bro atau bri(Saudari) mangsa skim, adalah bukan dari vgmc tu.

    TAPI YANG BERIKUT INI BETUL SCAM…. vgmc2u.com (Creation Date: 01-May-2010), virgingoldint.com (Creation Date: 26-April-2010), tambangmas.com (Creation Date: 26-April-2010), eastcapemc.com and theunitedgold.com.

    Jangan tersalah log in tau, yang betul ialah vgmc.com (Creation Date: 18-July-2001)]. Kekadang tu, terkeluar pasal sayur-sayuran pun ada, scam la juga tu.

    Bro/bri, tentang downline, kalau nak tahu, main sorang pun boleh jauh lebih untung dari ada downlines tau.. 10% bukan janji pulangan depa tau, itu ikut harga emas, jatuh jatuh la, naik-naik la untungnya.

    Bab telefon tu, bro/bri tersalah dail kot sebab ana selalu call depa. Mungkin bukan ahli depa tak layan aar. Email pun, dlm 24jam guarantee depa reply. Office depa tu kat mana bro/bri pergi?

    Menjadi ahli awal beruntung atau jadi ahli baru tiada kaitan. Kalau labur sebiji beras, kurang sebiji beras la untung/rugi, kalau labur seguni beras, lebih la untung/rugi.

    Pelik-pelik, yang bukan ahli-ahli vgmc tu lar yang banyak menakutkan/ mengingatkan/mengadukan pada BN dan sebagainya. Hummmm… ada makna tuu…

  18. iluvgold says:

    Agreed with suriani and goldtrader.

  19. mangsa skim says:

    kalau telepon upline number malaysia memanglah dapat. cuba pegi vgmc.com pegi dekat contact us kat situ ada headquarter kat panama city haa cuba call number tu..gurantee takde org angkat masuk voice mail bunyi music taksudah. nape? sebab ini adalah software voicemail utk call yg di auto setkan.

    VGMC adalah skim cepat kaya. jgn tertipu.

  20. suriani infiniti says:

    HUmmm!! aduhai

    Untuk pengetahuan kita, depa tuu ada berjuta-juta shareholders melebihi 100 negara termasuk malaysia (malaysia ciput aje tau).

    bila sebagai shareholder, no. hp individu direkodkan tau. ana call macam biasa, boleh dapat….. talian tu pun 24jam macam email depa.

    mungking no. hp yang tiada dlam record server…… depa tak boleh layan sebab shareholders lebih utama. macam standard business admin.

    hummm…. ana yakin bro/bri boleh memahami perkara ini.

  21. Gold Gul says:

    Salam,
    Kesian kat “mangsa skim”..awak mmg menjadi mangsa.. nk buat camne dh itu yang ditentukan buat awak, rezki awak setakat itu sahaja.. kalau nk tau sy dan kawan2 yang dh JOINT vgmc selalu kol dapat je. yang hanta email dan tecketing dlm akaun pon depa reply, kalau xjoint jgn la buat cerita mcm2. cer joint asenye duit tiap2 bulan masuk, mulut pon xbising nk menuduh2 syarikat itu ini macam2.. insaf2 la ye.. ramai je investor yang dah kol company malah yang dh jumpe tuan director syarikat vgmc pon dh ade. ermm..lagi satu kepada mangsa skim, awk melabur salah tempat tu sebb awk jadi mangsa. cer melabur dlm vgmc..hahaha tentu awk xjadi mangsa. lau nk tau lagi, vgmc ni walaupon shareholder dia berjuta-juta dia tetap layan dan reply bila kita hanta email kt depa. so sapa yang xmasuk tu jgn duk wat cerita la ye.. lau reply lambat sehari dua tu biasa… lani dh 20buah negara yang buat vgmc.. lau anda semua masih nk try2 try la dlu.. kami dh buat dan dh rase pon incomenye..
    Selamat memikirkan ye..
    Wallahu’allam.

  22. zul says:

    Nampaknya ramai lagi yang masih tak faham…jgn persendakan hukum hakam kalau tak pasti..kalau setakat main copy paste link tapi tak paham tak payah..sapa yg post link zaharudin.net tu dgr balik apa yg ustaz cakap kan…kepada yang tidak berminat untuk melabur dlm VGMC tolong jgn buat fitnah..periksa dulu habis2 k..sia2 je hidup kalau dok fitnah mcm ni..bayangkan post yang ini ramai org baca..jadi lagi ramai yg anda fitnah..bayangkan sehari 50 org baca link ni artikel kat atas tu maka 50 org la yg anda fitnah…harap fikirkan la..

  23. pitera says:

    salam,
    i baru diapproach oleh seseorg berkaitan VGMC, dia bw jumpa sorang kwn dia yg katanya baru setahun lebih dah berjaya kumpul almost rm1.3m. mmg teruja, lgpun npk website dan company profile mcm convincing…dan yg paling best, tak payah ada dwline pun bole dpt income thru tradng, n fix income every month dr jumlah pelaburan kita…Tolong comment yg dah join..

  24. Opera gold says:

    Hi! Pitera,

    I tak hairan dia dapat profit RM1.3million, sebab dia mungkin dah jutawan walau sebelum join vgmc. Maknanya, dia melabur dalam quantity yang amat besar. Melebihi 50 ounce troy untuk dia trading atau awalan pelaburannya mungkin melebihi RM300,000.00 (Kapital yang dia tak tahu nak buang ke mana).

    Macam I, yang ibarat kais pagi makan pagi, cuma melabur dalam RM3600.00 atau 0.5 ounce troy untuk trading, pendapatannya setiap bulan ialah ~RM550 sebulan atau RM6,000.00 setahun(Ini manusia paling rajin membuat trading setiap hari). Maknanya, balik modal adalah dalam tempoh 6.5 bulan.

    VGMC sedang membuat satu kaedah trading terkini yang lebih ketat bermula September 2011. Dinasihatkan, kalau ada saku terlebih baru boleh fikir untuk join dan jangan meminjam untuk mengejar kekayaan seperti jutawan tersebut. Rezeki adalah hak tuhan untuk hambanya sama ada meminta atau tidak meminta dariNya.

    kalau takut bermain ombak, jangan membina rumah di tepi pantai.

    kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga. (Sabar aje dulu)

  25. pitera says:

    Hi OperaGold,

    tqvm for the info…owhh, ok la sangat kalau rm3600 dpt rm550 sebulan , kalau dlm ASB maunye rm30 sebulan kan..itupun kalau consider div 10%. Tq jgk sbb nasihat jgn meminjam utk invest kat VGMC ni…nasihat yg sgt berguna..terima kasih lg sekali.

  26. zul says:

    Salam semua…yg pasti jika melabur emas tetapi tidak ada akad o fizikalnya di kategorikan sbgi haram…sekian terima kasih…sila rujuk ini….

    http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&do_pdf=I&id=764

    bacelah smpai abes n fikirkan lah…

    Nampak nya org yang post link kat atas tu pun baca tak habis lagi…jangan pandai buat hukum sendiri….cuba baca sekali lagi apa yg mengharamkannya dan apa yg menghalalkan nya..tolong la..jgn persendakan agama..

  27. MJY says:

    Salam Zul,

    Informasi yang anda mahu tekankan kepada pembaca web ini amat baik.

    Saya pun tak terfikir untuk baca habis. kalau baca sehingga habis, sudah tentu kita tiada lagi salah faham.

    Terima kasih, semoga kita semua boleh memahami erti di mana patut disebut atau tidak sesuai dihebahkan apabila timbul perbincangan tentang halal atau haram dalam pelbagai perniagaan emas dan lain lain juga.

    Terima kasih daun keladi.

    Sesungguhnya dosa menfitnah adalah lebih besar dari membunuh.

  28. Pali says:

    Saya rasa perlu amik langkah berhati2 dalam pelaburan VGMC.Ayah saya sekarang didekati oleh pelabur2 VGMC ni dan menyebabkan saya membuat swedikit research.

    Saya lihat trafic web VGMC didominasi oleh pengguna Malaysia. Common sense say kalau la ini syarikat internasional, berpengkalan di Panama mesti ramai pengguna sana/continent amerika selatan yang visit website ni. bukan ke ini pelkaburan “hebat”. Takkan tak dapat exposure disana?.. tapi tidak. Malaysia mendahului sebagai negara yang penggunanya paling ramai melawati web VGMC dengan gap yang begitu ketara berbanding negara2 lain.It doesnt make sense and common sense says something fishy about this company. Itu point pertama.

    kedua, kita tak tahu ada ke emas dalam bentuk fizikal dalam simpanan kompani ni. atau cuma menggunakan turun naik harga emas semata2?. sape boleh confirmkan dan check disana?

    point 3. ye la…. bukan kita boleh check pun kat panama ni, entah ade ke tak kompani dia. cuba search pasal VGMC ni, hampir semua yang membincangkan pasal VGMC adalah pengguna internet malaysia. susah nak jumpa pengguna dari negara panama dan negara berdekatan dengannya. tak logic langsung.

    so bagi saya,ciri2 yang ada memang terarah kepada scam, yang memanipulasi duit ahli2.

  29. propoligamas says:

    entahlah pali-pali

    begitulah hidup….Yang tak nak join, asyik cerita itu ini, scam scom la,halal haram la, panama la dan apa-apa aje. Point-point you tu, cuma anggapan saja tak ada juga bukti pun(Nak tunjuk pandai tanya, semua orang boleh). Pi la sendiri kat panama ker, shenzen ker,indon ker, dhubai ker, cuba pi sendiri. Mungkin hang tak nak pi sebab buat apa, cakap dalam web senang lar. Cuba search apa pula agen vgmc ada kat indon@dhubai contohnya). Nanti beritahu kita kat sini. hang punya cara pun dah macam orang postlink zhrudin.net tu.

    Atau kan pali, hang pi sendiri ke suruhanjaya securiti buat report macam orang individu terdahulu buat. minta penerangan. SC akan menjawab anda dengan penuh professional dan terbuka minda. Percayalah. akuq kekadang bimbang la……orang melayu ni (bukan hang tau pali: akuq faham hang punya masalah) kalau hasad dengki, sakit hati, irihati….. diaorang akan cuba sedaya upaya sampai kiamat nak hapuskan kelebihan@keuntungan orang lain asalkan periuk nasi mereka kekal walhal tuhan belaka tentukan, bererti mereka tu lagi ke arah syirik. Semoga adil dan saksama satu masa nanti.

  30. Pali says:

    1st saya bukan orang yang bagi link tu….

    saya tergerak nak buat research ni bila bapak saya pegi dengar orang virgin gold ajak masuk…. point2 tu cuma common sense, kalau betul investment bagus camtu, takkan takde exposure kat continent sana? … standard la kalau nak melabur ke, mesti ade curiosity, mesti nak tahu, mesti nak study… inikan melibatkan wang kita, tak salah bagi bakal pelabur tanya itu ini, bidang lainpun macam ni… tapi bila bapak saya dah tanya diorang macam reluctant\/tak bleh nak jawab, lepastu marah pulak, pastu boleh pulak cakap benda yang salah mengenai ranking traffic yang akses kat alexa(cakap yang paling banyak point, paling banyak masuk, yang sememangnya salah) ini bapak saya bagitau sebab dia buta komputer, dia tanya saya…

    beban pembuktian adalah atas pihak dah masuk vgmc, yang nak yakinkan bakal pelabur bahawa takde benda yang fishy dalam operasi mereka.. point2 saya memang anggapan, tapi melalui pemerhatian, logik, serta pengetahuan IT saya…

  31. propoligamas says:

    oooo….ok ok faham faham maksud hang tu.

    begini poli,

    akuq dah lama join vgmc niii…

    ada dua hingga tiga sikap individu dalam vgmc iaitu;

    1. Yang hanya mahu membuat keuntungan melalui trading dan bonus gold bulanan
    semata-mata atas dasar keuntungan dari pelaburannya sendiri tanpa
    mementingkan atau mahukan downline (ini sikap paling bagus)
    .
    2. Yang menggunakan orang lain untuk mendapatkan bonus dari kemasukan downline
    (bonus jenis kedua ini hanya sekali bagi setiap kemasukan ahli). Di mana
    individu ini,mungkin malas sedikit nak buat trading tapi mengambil jalan
    cepat mendapatkan bonus dari downline(Tabiat ini mungkin disifatkan skim
    cepat kaya)

    3. Yang berapi-api hendak mengajak kawan-kawan join vgmc tetapi ilmunya dalam
    vgmc tu sendiri pun tak cukup atau samar-samar (Ini penyebab mereka marah-
    marah pula kat daddy u). Bahasa pilihan dalam web vgmc ini ada lebih 20
    bahasa dunia untuk guna, tetapi english yang utama. Orang melayu tak semua
    mahir english apatah lagi nak speaking. oh ya! bahasa indon pun ada,
    tetapi bahasa malaysia kita tak ada.

    Memanga benar, setakat kita buka web vgmc tu,semuanya tak jelas, tetapi selepas ada userid dan mula masuk webnya, mak aiii…. ibarat selama ini kita cuma tengok luar rumah, masuk aje dalam rumah perabut jati ada, sofa kulit lembu ada, tilam dreamland, vrv air-cond, 3D lcd dan berbagai-bagai lagi.

    tak join tak apa poli, sebab join vgmc nii tak lah cepat kaya, akuq pun hampir dekat setahun baru balik modal, sebab jarang buat trading tengah malam, tidur kena cukup kerana esok kerja.

    Ok.. akuq respect hang punya curious to know tu… Amiin!

  32. yuri says:

    mangsa skim..dh brape byk vgmc tipu anda?manusia yg post link halal/haram tu..setinggi mane ilmu pengetahuan anda?bimbang org ckp lain kite paham lain…pernah dgr x..kalau dh tau solat..x payah la solat…kalau yg bangang tu akn paham x perlu lg solat kan..hakikatnye…x payah solat tu ..sebenarnye..solat tu menjadi lebih mudah,khusyuk.,sb kite dh tau ilmu solat.n biasa la..adat org niaga..cth nye kda mkn..akn komplain ..xyh la g kda tu..pengotor..mahal…msk benda haram la dlm masakan.pasal ape?nk lariskn kda dye je…

  33. dinarxl says:

    Terima kasih atas input pro dan kontra pasal VGMC,saya berpendapat agar kita dapat memberikan maklumat berserta fakta sebagai panduan ataupun pelajaran berguna berbanding fitnah, omong kosong saja.Yang baik sebagai panduan yang buruk sebagai sempadan untuk semua.saya ingin berkongsi sedikit berkenaan Scam,sila fikirkan ianya mungkin melibatkan kawan2 kita
    http://s-alert.vgmc.com/main/EN#WWW.EASTCAPEMC.COM

  34. nakkaya says:

    melayu oh melayu…aku kata kat hang,hang kata kat aku…pakat gelak cina ngan indu…tapi sejujurnya…aku pun nak jadi jutawan gak…rasionalnya,join vgmc atau pg?hmmmm…dalam dilema…

  35. Tupai-tupai says:

    memahami pegangan hidup adalah bahawa tiada paksaan dalam agama. Begitulah juga dalam vg atau pg.

    Kalu nak jadi jutawan, tiada jalan mudah melainkan berusaha dengan cara betul kerana petuanya ialah mesti bersungguh-sungguh dalam mengejar sesuatu matlamat. TETAPI macam ada kawan kita cakap, rezeki itu dari tuhan juga. Cepat kaya, lambat kaya atau langsung tak ada apa.Aku pun tak tau, ikut aje petua tu..

    Jual burger atau nasi lemak pun boleh jadi jutawan juga bro, janji adunan dan resepinya unik serta terangkat jiwa setiap bangsa membelinya. Sudah ada contoh: Mereka ini disebut sebagai jutawan senyap). Satu malam collection RM3,000 suatu tempat di lembah klang, 30 hari sudah RM90,000 atau RM30-40,000 bersih sebulan. hari-hari main duit CASH lagi hebat. pelik tapi benar.

  36. Benz Joey says:

    Hebat hebat..terjekutt juger ramai bincang pasal PG n VG….nyata memang hebat VGMC…syukur aku dah dapat pakai MERCS dah buat bisnes ni…PG pelaburan emas ku dalam bentuk jongkong…VGMC banyak tolong hapuskan hutangku n mnambahkan rezekiku….hebat betull VGMC pasal brgaduh abis orang dibuatnyerrr

  37. tengah bingung says:

    salam rakan2 semua..aku ni ada masalah skit..tahun depan nak kawin so of course la nak kena pakai duit,secara tak langsung kena la buat loan skit,lepas tolak tambah,ada la balance takat 5-6 lot nak masukkan dalam vgmc,dapat lah jugak tanggung skit2 installment loan tu..so apa pendapat ahli2 vgmc..tindakan aku ni betul@tak?…maksud aku guna duit loan balance tu utk invest dalam vgmc..thanx kepada yang bagi pendapat…hari2 duk pening pasal duit…adoi

  38. Galy Mesy says:

    Tengah bingung……

    Nak kahwin buat loan, bagiku agak bahaya sebab sudah banyak kes anak dah ada 2-3 orang, tetapi hutang kahwin pun belum selesai. Tak apa, itu masalah masing-masing.

    Ni lagi bahaya, guna duit loan untuk invest dalam vg. Jika beli jongkong terus adalah lebih jaminannya.

    Jika berdegil nak invest dalam VG setakat 5 lot (~RM18,975.00); HASILnya tiap-tiap bulan boleh jadi seperti berikut;

    – Step 1, melalui trading: tak banyak hasil bulanan iaitu ~RM100 hingga RM585.
    (Setelah ambil kira caj transaksi buy/sell). AMARAN, mesti mahir dalam
    ilmu naik-turun harga emas semasa setiap minit isnin-jumaat.Kita boleh jadi
    rugi terus dan terus rugi. Malah dari step 2 pun, ia boleh juga telan duit tu
    perlahan-lahan.

    – Step 2, melalui gold bulanan: Hasil bulanan tetap iaitu ~RM2811 hingga RM2850
    (Bergantung pada harga semasa, anggaran nilai hari ini USD1875 – USD1900).

    – Step 3, bonus jika ada downline: 1 kali 10%. Jika bingung daftar atas ID aku,
    aku akan dapat RM1725. Tapi ko tak dapat apa-apa lah melainkan ada rakan yang
    nak join guna ID ko kemudian hari.

    – Step 4, Kalau jiwa kental, boleh join vg. Nasihatku pada ko, fikir 4 kali nak
    invest vg sebab ko guna duit loan. Main shares kena tahu risiko.

    wakaka

  39. tengah bingung says:

    thanx Galy Mesy,
    aku nak invest vg ni dalam akaun member aku..diaorang yang akan trade utk aku,kalo aku yang trade sendiri,pakai jahanam la duit tu..sepanjang 6 bulan aku monitor diaorang trade,tiap2 hari profit lebih kurang 100usd-300usd…so duit untung tu bahagi 50-50..diaorang ni boleh dikatakan profesional trader la jugak..memang dah terbukti hasil diaorang sehingga dari naik waja sekarang ni dah mampu untuk pakai bmw 5 series dan dapat modal untuk buka budget hotel sendiri lagi..risiko tu aku memang dah sedia maklum,nak untung besar risiko pun besar lah…tapi insyaAllah ada back up income yang lain kalo jadi apa2

  40. Galy Mesy says:

    Sebelum aku terlupa..tengah bingung dan sahabat handai yang lain juga…

    Yang ko monitor 6 bulan dulu dengan profit hari-hari USD100-USD300 tu tak akan sama lagi bermula bulan ni disebabkan;

    Vg dah buat ruling baru bagi kategori trading bermula september 2011, iaitu;

    -caj transaksi bagi setiap jual dan setiap beli. Katalah mereka buat untuk 1 trading untung USD5.00, tetapi system akan debit USD4.00. Maknanya jika mereka buat 10 trading dalam 10 jam, maka 10xUSD5.00 – 10xUSD4 = USD10.00 aje kredit dapat(Dulu memang USD50.00 untung sehari).

    -Kemudian dalam USD10.00 dolar itu, ada lagi debit bagi rollover rate sepanjang 1 hari trading. Maknanya tinggal USD9.00 aje untung sehari (Ingat tu bro).

    -Ini semua pasal VG target untuk dapat IPO pada 2015. Tak tau la, tengah bingung juga aku. upline aku tengah nego supaya VG revise balik caj transaksi itu dan lain-lain cadangan.

    Aku kat dhubai, sambil road tour VGMC premier office baru-baru ni, minggu depan balik Melaka. Selamat berjaya dalam hidup.

    Sabri Reply:

    betul ke kat dhubai sedangkan saya ip tuan menunjukkan tuan di Malaysia semasa membuat komen :) .

  41. Sabri Ahmad says:

    UPDATE TERKINI : Disebabkan isu VGMC semakin panas , saya terpaksa move artikel ini ke forum bagi mengelak sebarang masalah kerana saya dapati ada unsur penipuan dalam memberi komen.Sila ke forum untuk sebarang pendapat ====> http://emaskini.com/forum/gosip-emas/pelaburan-emas-virgin-gold-mining-corporation-vgmc/

  42. Virgin Gold Mining Corp. Hmmmm.. — Pilot Dinar :: Navigator Emas Anda says:

    […] Sumber:- http://emaskini.com/2011/04/pelaburan-emas-virgin-gold-mining-corporation-vgmc/ […]