Rantai Emas atau Jonkong Emas
Salam sahabat……Semalam saya menerima satu panggilan dari salah seorang peminat emas.Beliau bertanya pada saya mana lebih baik membeli rantai emas/gelang emas atau dalam bahasa lebih mudah emas perhiasan berbanding dengan jonkong emas / syiling emas / dinar emas.
Jawapannya amat mudah sekali , jika untuk perhiasan tentulah rantai emas/gelang emas.Tapi untuk pelaburan masa / aset masa depan tentulah jonkong emas / syiling emas / dinar emas.Ini kerana harga barang perhiasaan lebih tinggi berbanding emas dalam bentuk jonkong / syiling / dinar . Susut nilai emas perhiasaan juga lebih tinggi berbanding jonkong emas / syiling emas / dinar emas .So saya rasa amat jelas sekali jawapan yang diberi oleh saya.Jika ada pendapat dipersila-silakan……..
Alangkah baiknya jika kita dapat menyimpan aset kita dalam bentuk emas daripada menyimpan aset dalam bentuk wang kertas.Kerana emas kini dan selamanya….