Satu gram satu bulan kaedah terbaik simpan emas

Salah satu perkara yang kita perlu tahu sebelum beli emas Public Gold adalah kaedah yang sesuai untuk bajet kita, samada beli melalui kaedah belian GAP atau belian terus.

Jika bajet kita kurang dari 5 gram, belian melalui belian GAP lebih jimat berbanding belian terus. Penyimpan emas tetap boleh dapat emas fizikal yang sama tapi harga yang lebih murah.

Contohnya kita nak simpan 1 gram setiap bulan, kalau kita beli hari ini 1 gram melalui akaun GAP harganya cuma RM274 sahaja. Jika kita beli 1 gram melalui belian terus harganya RM350.Beza harga Β±RM66 untuk 1 gram yang sama tapi kaedah yang berbeza;

1. Belian GAP kita perlu beli gram dulu (RM274), tunggu 1 gram masuk dalam akaun GAP lepas tu keluarkan emas fizikal di cawangan Public Gold. Kita perlu bayar duit gold premium RM10 semasa keluarkan emas fizikal tersebut. Jumlahnya cuma RM284.

2. Belian terus kita perlu bayar RM350 dan terus ambil emas fizikal di cawangan Public Gold. Belian terus untuk 5 gram ke bawah tidak perlu bayar gold premium.

Pembelian emas melalui kaedah yang betul memberikan pulangan yang lebih baik, bila kita dapat beli emas dengan harga murah kita boleh dapat untung cepat dan maksimum.

😁

Tak perlu bazir emosi untuk mula simpan 1 gram emas, belum pernah orang jatuh miskin sebab simpan 1 gram emas. Ramai yang saya dah jumpa, baru simpan 1 gram emas orang dah cop jadi orang kaya!

πŸ˜†

Nota: simpan emas ini berhantu, silap haribulan boleh ketagih nak beli emas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *