Simpan Emas Untuk Anak-Anak
Sejak akhir-akhir ini , media masa banyak memaparkan kes-kes jenayah melibatkan pembuangan bayi , pembunuhan bayi , sindiket jual bayi dan kehilangan bayi@kanak-kanak.Sebagai seorang yang berstatus ayah , rasa sebak sentiasa menyelubungi hati ini dikala menatap berita seperti ini.Dimanakah letaknya nilai kemanusian ? Tiada perasaankah mereka yang melakukannya ? Kadang-kadang terlintas difikiran , adakah jenayah ini bermusim or media masa yang bermusim ! Bagi saya punca utama berlakunya jenayah seperti ini adalah dari keluarga itu sendiri di samping pengaruh@sebab-sebab lain.So kesimpulannya , ibu-bapa yang wajib memainkan peranannya yang sebenar.
Baiklah , coretan saya pada kali ini juga berkaitan dengan anak-anak iaitu simpan emas untuk anak-anak.Artikel ini memang sesuai untuk direnung bagi mereka yang sudah berstatus ibu dan ayah.Bagi mereka yang belum berstatus ibu dan ayah amat sesuai sekali untuk direnung kerana suatu hari nanti anda bakal bergelar ibu dan ayah.
“Tahukah anda sifat ibu dan ayah yang tidak ada pada mereka yang belum berstatus ibu dan ayah ! Memberi tanpa mengharapkan balasan “
Saya masih teringat dengan kata-kata salah seorang agen saya iaitu Puan Fardila.Katanya ” saya beli emas untuk masa depan anak-anak ” . Kata-kata beliau amat saya sokong dengan fakta berikut :
Katakan umur anak sekarang 3 tahun dan dalam masa 15 tahun usia anak anda adalah 18 tahun ( usia untuk memasuki pusat pengajian tinggi ).
Katakan sekarang anda mempunyai emas 50 gram dengan nilai RM6657.00.Purata kenaikkan harga emas dalam masa 1 tahun adalah +- 27% . So dalam masa 15 tahun emas yang anda miliki tersebut bernilai RM126815.85.
Katakan sekarang anda mempunyai duit fiat / duit kertas berjumlah RM6657.00.Persoalan saya , bolehkah nilai RM6657.00 bertukar menjadi RM126815.85 kalau disimpan begitu sahaja ? dan satu lagi kelemahan duit fiat / duit kertas adalah dimakan oleh anai-anai inflasi.
Cukuplah coretan saya pada kali ini , apa yang baik dijadikan pedoman dan apa yang tidak baik dijadikan sempadan.Yang baik datang dari DIA , yang buruk datang dari saya.
Simpan Emas Untuk Anak-Anak | EmasKini.Com…
Sejak akhir-akhir ini , media masa banyak memaparkan kes-kes jenayah melibatkan pembuangan bayi , pembunuhan bayi , sindiket jual bayi dan kehilangan bayi@kanak-kanak.Sebagai seorang yang berstatus ayah , rasa sebak sentiasa menyelubungi hati ini dikal…
i pon nk mitk hubby i belikan emas tuk anak2 i.. simpanan utk diaorg d ms depan..:)
[Reply]
Dila Reply:
March 21st, 2010 at 10:11 pm
Pn. Aliza… tak perlu minta hubby… belikan sendiri if sayang kat anak2….
[Reply]
Salaam Sabri…
TQVM sbb quote nama akak dalam thread nih… moga semua ibu2 di luar sana pun ada menyimpan hasrat yang sama… akak berhajat nak tambah lagi… nmpk harga mcm ok je skrg nih…
[Reply]
salam..
macamana kira2 ni
Katakan sekarang anda mempunyai emas 50 gram dengan nilai RM6657.00.Purata kenaikkan harga emas dalam masa 1 tahun adalah +- 27% . So dalam masa 15 tahun emas yang anda miliki tersebut bernilai RM126815.85.
27% dari 6657 = 1797
1797 x 15 tahun = 26960.85
26960 + 6657 ( modal asal) = 33617 (nilai selepas 15 tahun + 27%(+-)
so camna leh dapat sampai rm126815? musykilll…
[Reply]
Sabri Reply:
September 14th, 2010 at 2:08 am
saya pun hairan mcm mana leh dapat mcm tu…tq atas perbetulan saudara ahli fikir………
[Reply]