Syarikat PG Hanya Menjual Emas
Salam sahabat semua……Orang disekeliling saya asyik bertanya ” Tak takut ke ditipu”.Baiklah mari kita sama-sama kaji tentang tentang Public Fine Gold Intertanional Sd.Bhd.Syarikat ini hanya menjual emas dalam bentuk jonkong dan dinar.Itu ajer…..Syarikat ini tidak menjanjikan apa-apa keuntungan yang lumayan dan sebaliknya.Syarikat PG hanya tempat untuk kita membeli emas dengan harga lebih murah berbanding tempat lain seperti kedai emas dan sebagainya.Urusniaga dengan PG amat mudah sekali……Bayar duit dapat emas……..tak bayar tak dapat ler emasnya……
Mungkin ramai dikalangan kita lebih selesa membeli emas di kedai kerana sudah biasa melakukannya.Namun sedarkah kita betapa ruginya membeli emas dikedai….Ini kerana harganya emasnya lebih mahal + kos + kos + tipu ( tidak semua tipu ) dan susut nilainya yang tinggi.Mengapa orang takut membeli emas ditempat lain selain kedai emas ? Ini mungkin kerana banyak penipuan dalam urus niaga emas.Sebenarnya , ditipu atau tertipunya kita bergantung pada diri sendiri….Kalau skim yang menjanjikan cepat kaya…mesti ada benda tak kena…so pandai-pandai lah selidiknya….hari ini ada satu lagi berita mengenai pelaburan emas yang menipu….terima kasih goldhunter kerana bertindak sebagai pemberita emas :)
SHAH ALAM 30 Okt. — Seorang pegawai syarikat pelaburan mata wang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menipu 30 pelabur untuk membuat pelaburan dalam mata wang emas membabitkan wang berjumlah RM994,898.
Wan Mohamed Wan Zin, 41, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Hasbi Hasan.
Tertuduh didakwa sebagai pegawai syarikat SMI-Q Resources Sdn. Bhd. telah memperdaya pelabur-pelabur terbabit untuk membuat pelaburan dalam mata wang “Kijang Emas Gold Bullion Coins” yang menjanjikan pulangan pelaburan yang tinggi, menyebabkan wang sejumlah RM994,898 dibayar kepada syarikat itu untuk faedah kegunaan akaun syarikat.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di No.139-1A, Pusat Niaga Batu Caves dekat sini, antara 1 Januari 2006 dan 31 Disember tahun lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 366(3) Akta Syarikat 1965 (Akta 125) itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM30,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – Utusan Malaysia
update : syarikat PG juga membeli kembali emas yang dijual mengikut harga “We Buy” seprti yang tertera pada laman web PG
[Reply]
emas kini.. ape atau berapa keuntungan yang anda dpt dari belian org lain?
saya tau ini berniaga cuma nak pastikan yang xde unsur2 cari/potong kepala org contohnya cam direct selling sistem piramid tu, bukan nak kaya sgt cuma utk simpanan/pelaburan mase depan. tq
[Reply]
sebab tengok ramai kat web yang bersungguh sungguh nak jual emas.
minta jawapan
[Reply]
agen akan dapat 1.5% setiap kali membeli dengan syarikat….
master agen akan dapat komisen 0.5% daripada syarikat setiap kali agen membeli.
p/s : untuk jadi master agen kena buat belian 300K.setakat isu sahaja sistem yang ada dalam syarikat PG
[Reply]
za-mo:ramai yang bersungguh untuk menjual/promote emas adalah kerana ingin memberi kesedaran kpd mereka ttg pentingnya emas sebagai asset dan pelindung kewangan.
Kalau anda memahami ttg fractional reserve banking dan juga money cycle anda kan memahami kenapa ems itu penting dan juga untuk membuat jualan/komisyen.
Sebagai salah satu punca pendapatan.
Produknya emas,ems fizikal.
Sejak azali lagi,tidak perlu penjelasan lebih ttgnya.
1.Kesedaran terhadap betapa pentingnya emas
2.sbg agen,komisyen dr sales.
Just my 2 dinar tuan tanah =)
[Reply]