Tips Cara Kenali Pelaburan Emas Sontot Dari Saiful Nang

Ini cerita lama tapi sehingga kini  akibatnya masih menyeksa “mereka-mereka yang tertipu” . Sengaja saya  abadikan tulisan ini sebagai pedoman untuk sahabat yang suka kan “mee segera” .

Salam semua, ada sebahagian anda yang melabur emas tersontot mencari penyontot-penyontot yang menyontot mereka. Penyontot mereka pula akan mencari penyontot besar yang memiliki beberapa empayar besar dalam perniagaan pelaburan emas gaya ponzi.

2 dari 3 penyontot terbesar adalah pelanggan saya. Kecuali Tok Belagak sahaja yang tidak sempat jadi pelanggan. Mereka membeli barangan dari syarikat saya dengan tukaran emas tulen Pamp Suisse mengikut timbangannya. Kami yakin, emas itu tidak akan turun harga maka kami sehingga hari ini menerima pembayaran transaksi dengan RM juga menggunakan Pamp.

Ada yang pernah melihat saya dalam mana-mana gambar bersama 2 dari 3 saudagar ini. Dan ada yang menyandarkan keyakinan mereka melabur dengan mereka ini kerana mereka ini pernah ambil gambar dengan saya. Sebagai pelabur, itu adalah penilaian yang sangat singkat.

Tips mengenali pelaburan yang pasti tersontot

Dulu ada orang main duit jual lampu yang boleh memberikan mereka tenaga dan aura ultraman dan sebagainya. Harga di pasaran RM20 sahaja tapi bila jadi MLM harganya jadi RM700. Bukan MLM itu salah tetapi bila money-game itu berselindung di sebalik transaksi satu bahan yang tidak mahal. Orang cari orang cari orang cari orang sampailah sistem itu penuh dan tidak mampu membayar pulangan semula kepada level atas mereka.

Itulah TERSONTOT.

EMAS itu cuma jadi bahan pengantara sahaja, tapi gamenya sama. Mula-mula saya inspire dengan kekayaan mereka yang bermula dari 2 bentuk cincin tetapi dalam 2 tahun sahaja sudah mampu mengumpul lebih dari 1 tan emas tulin sebagai pengimbal mereka. WOW!

Hati jadi ghairah untuk mencipta lebih kekayaan yang ketika itu atas tujuan untuk menaikkan simpanan emas kami yang seciput itu untuk kami cukupkan sehingga 160kg ataupun sekitar RM20 Juta untuk pembinaan kompleks sekolah untuk anak-anak yatim dan asnaf di Lenggeng.

Atas tanggungjawab, memang pelaburan mesti didahului dengan mengenali prospek. Saya menggunakan semua ruang whiteboard yang ada di pejabat untuk membuat pengiraan matematik. Berjumpa dengan pelabur yang aktif dan juga mendapatkan pendapat dari bekas-bekas pelabur yang sudah quit. Juga berjumpa dengan pelabur yang genuine. Saya tidak jumpa pengiraan yang rasional bagaimana permainan emas ETA dan sebagainya. Semua pendapat yang saya kutip saya rumuskan untuk membuat keputusan bahawa pelaburan ini tidak nampak logiknya.

Keputusan yang diputuskan di dalam syuro kami ialah untuk tidak menyertai pelaburan ini.

Allah nak tunjuk kita ini tamak atau tidak walaupun kita melakukan sesuatu yang Allah mahukan iaitu membantu anak yatim dan asnaf. Kira-kira 1 bulan selepas itu, satu persatu empayar pelaburan emas berpaksi ETA atau jualan tertangguh itu rebah dan pelabur mula bangkit membuat tuntutan. Pejabat-pejabat besar mereka kemudian ditinggal kosong dan orangnya sudah lari entah ke mana.

emas-sontot

Ketamakan untuk kaya mudah vs Usaha yang berterusan

Bukan mudah untuk mencari duit. Kerugian dilapor berbillion dari wang pelabur yang terus hilang tanpa berita. Agen-agen terpaksa menanggung hutang dengan pelanggan setelah kepala pelabur terus menghilang.

Di sinilah saya nak pesan, tiada kekayaan datang dengan mudah tanpa banyak usaha. Itu resmi dan ia tetap. Jika sesuatu itu menjanjikan sesuatu dengan banyak dan sangat mudah, cuba fikirkan keraguan dan buat pencarian sehingga anda benar-benar pasti ke mana pelaburan yang mahu anda salurkan itu. Sama juga ramai orang main bursa saham dan ramai orang main Forex kenapa pula ada yang untung berjuta-juta dan kenapa pula ada yang selalu masuk margin-call? Ini semua kerana ILMU yang perlu kita dalami sebelum kita berurusniaga.

Berniaga mesti nampak hujung nampak pangkal. Jika tidak, elok jual goreng pisang cheese pun dah boleh jadi jutawan. Saya bersimpati dengan mereka yang tersontot itu dan saya boleh rasa bagaimana wang simpanan persaraan ibu bapa mereka digunakan sebagai pinjaman oleh anak-anak untuk melabur juga hilang. Bagaimana wang tabung pendidikan anak-anak Si Miskin juga disamun dengan senyap.

Ini bukan kes pertama. Ia hanya bertukar nama dan bertukar barang dari dulu sampailah sekarang. Skim Cepat Kaya dari Pak Man Telo sampailah Skim Tok Belagak atau Kazanah Bangsa dan sebagainya semua itu hanya nama-nama yang ditukar mengikut zaman sahaja.

Sakitnya SAMA
Ruginya SAMA

Kita dah patut belajar dari sejarah memang tiada manusia yang tiba-tiba kaya raya dengan cepat. Be realistic. If not realistic but happily ever after. Itu namanya Fairy Tales.

SAIFUL NANG

One comment

  1. I have noticed you don’t monetize emaskini.com, don’t waste your traffic,
    you can earn extra bucks every month with new monetization method.
    This is the best adsense alternative for any type of website (they approve all sites),
    for more info simply search in gooogle: murgrabia’s tools

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *