Umpan Jongkong Emas Tapi Gigit Jari

KUALA LUMPUR: Niat untuk mendapatkan pulangan wang lumayan hasil pelaburan jongkong emas menyebabkan kira-kira 130 pelabur ‘gigit jari’ apabila syarikat jual beli emas yang menjanjikan hasil seperti tercatat dalam dokumen perjanjian hanya menabur janji kosong.
Pelabur mula mengesyaki syarikat berkenaan menipu apabila pulangan dijanjikan itu tidak menjadi kenyataan dan lebih dikesalkan pelaburan dibuat membabitkan jumlah wang yang banyak dengan sekurang-kurangnya RM15,000 hingga RM300,000. Difahamkan, pelaburan minimum perlu dibuat oleh ahli jual beli syarikat berkenaan adalah RM15,000 iaitu sama nilai dengan 100 gram jongkong emas manakala keuntungan akan diberi adalah RM300 setiap bulan selama lapan bulan berturut-turut dan selepas lapan bulan mereka akan beroleh kembali semua modal pelaburan berserta bunga atau faedah.

Namun, syarikat terbabit dipercayai hanya membayar pulangan kepada pelabur mereka bagi tempoh beberapa bulan awal dan kemudian tidak membuat sebarang pembayaran seperti dijanjikan. Setiausaha Pusat Biro Pengaduan Awam Gabungan Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia, Mohd Jurit Ramli berkata, semua ahli berasa tertipu dengan syarikat terbabit kerana tidak membayar wang faedah setiap bulan seperti dijanjikan. Katanya, rata-rata pelabur geram apabila mengetahui bukan saja tidak mendapat wang faedah malah syarikat terbabit memberi alasan aliran wang tunai mereka tidak mencukupi dan tidak dapat memberi jawapan apabila diaju mengenai kesemua modal yang sudah diambil daripada pelabur. Menurutnya, keadaan itu menimbulkan teka-teki kepada pelabur yang mula rasa tertipu dan lebih teruk ada yang terpaksa menanggung beban hutang kerana membuat pinjaman dengan bank semata-mata untuk melabur. Jurit berkata, rata-rata daripada mereka sudah lebih tujuh kali datang ke pejabat syarikat itu yang terletak di Taman Rasa Sayang, Cheras di sini untuk meminta penjelasan.

“Setiap kali pelabur datang ke pejabat syarikat pelaburan terbabit, jawapan yang diterima tetap sama dan mereka juga tidak puas hati kerana semua pengarah urusan syarikat tidak mahu bersemuka untuk memberi penjelasan mahupun mengadakan perbincangan.

“Pelbagai alasan serta janji yang diberi kepada pelabur dan bila dihubungi panggilan tidak pernah dijawab. Sekarang ini semua mangsa tidak boleh bersabar lagi dan mereka tidak mahu faedah atau keuntungan seperti yang dijanjikan tetapi hanya mahukan modal mereka semula saja,” katanya di sini, semalam.

Oleh Mohd Jamilul Ambia Md Denin, Sri Ayu Kartikawati Amri dan Muhammad Apendy Issahak
am@hmetro.com.my
2010/03/22

Kalau sahabat betul-betul ingin melabur dalam emas , hubungi saya kerana saya menjual emas untuk pelaburan masa depan iaitu menjual goldbar dengan ketulenan 999.9 dengan berat 1 kilo,100gram,50gram,20gram dan juga dinar (ketulenan 916 ).

2 comments

  1. kenapa msh ada yg tpedaya dgn pelaburan cam ni..kalo plaburn yg mjanjikan pulangan tp2 bulan tu kompem tipu punyer…pikir n selidik dl sblm mbuat sbrg plaburan..

    [Reply]

  2. Lepas beli emas, nanti susah nak jual, kadang2 seller kita beli pun xnak beli harga kita nak, jadi saya ada buat platform baru untuk sapa2 yang nak jual jongkong emas.
    layari http://www.hargamemas.com.my/iklan, dan iklankan jongkong emas anda..senang orang lain nak beli, yang penting harga nak jual tu biar kompetitif, kalau harga sekarang rm151/gms jangan la jual rm160/gms, confirm org xnak, kalau rm130/gms dah untung untuk anda, jual la dengan harga itu, baru ramai nak beli..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *