Cabaran Dalam Perniagaan Emas
Salam sahabat emas…Setiap apa yang dilakukan di muka bumi ini pasti ada cabarannya.Segigih mana kita menghadapinya adalah setinggi mana kejayaan yang bakal kita kecapi.Tidak ada seorang di dunia ini melalui satu proses yang cukup mudah untuk mencapai kejayaan.Yang pasti mereka yang berjaya melalui satu proses yang cukup mencabar.Hanya mereka yang sabar dan tabah akan berjaya , selebihnya akan kecundang di pertengahan jalan.
Dalam perniagaan emas juga memang banyak cabaran yang wajib ditempuhi oleh setiap peniaga emas , lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru menceburkan diri dalam perniagaan emas.Bagi orang Melayu , cabaran paling sukar adalah menghadapi orang Melayu itu sendiri.Bermacam-macam ragam dan karenah.Ada yang mengutuk , ada yang mencaci , ada yang sabotaj , ada yang mengejek , ada yang fitnah , ada yang dengki dan bermacam-macam lagi sifat negatif.Itulah sifat sebilangan orang Melayu.Sampai bila ? Jika sifat negatif tersebut menyebabkan kegagalan seseorang , tidak ada perasaan bersalahkah mereka .
Kadang-kadang diri ini rasa sedih melihat telatah orang kita yang tidak sudah-sudah menjatuhkan orang kita sendiri.Indahnya hidup ini kalau kita saling bantu membantu sesama kita.Kadang-kadang orang yang kita tidak sangka sanggup menjatuhkan kita yakni tikam kita dari belakang seperti pengecut.Kawan ku rasa kawan , rupa-rupanya lawan.Lawan ku rasa lawan , rupa-rupanya kawan.
Bagi mereka yang menghadapi situasi ini , banyak-banyak bersabar kerana yang benar tetap benar , yang salah tetap salah.Teruskan perniagaan emas anda seperti biasa yakni buat-buat tak tahu.Jadikan setiap “negatif” sebagai semangat “positif” bagi kita.Moga satu hari Allah Taala buka hati mereka dari golongan tersebut.
salam…
adat la sabri kalau kita berniaga mmg mcm2 cabaran
9/10 cabaran dlm perniagaan..
dan juga sumber pendapatan 9/10
moga2 cekal hadapi cabaran
buang yg keruh ambil yg jernih
lupakan org2 yg negetif…..
tinggalllll jauh2
[Reply]
Salam.
Tak kesah apa orang nak lakukan janji nawaitu kerana Allah.
Saya bukan Ejen PG. Tapi saya Pengumpul Bar n Dinar PG.Tujuan saya menyedarkan orang islam.Kadang2 bantu kawan yg jadi ejen jika stoknya kehabisan, dan ganti balik.yang penting matlamat saya sekurang2nya setiap orang islam menyedari dinar atau emas untuk di simpan.Saya rasa besyukur kerana saya telah meracuni sebahagian tempat kerja saya membeli Emas dan dinar.Saya berjaya mengubah minda mereka memahami kepentingan emas walau pun amat susah pada mulanya untuk meyakinkan mereka alhamdullilah berkat sabar minda sahabat2 terbuka… itulah cita2 saya.Semuanya untuk memertabatkan kemuliaan emas yang Allah jadikan untuk manusia,bukan RM.Dollar.Yan maupun apa2 bentuk kewangan yang menindas sistem kewangan manusia.Insyaalah.
[Reply]