Jual Barang Kemas , Beli Goldbar @ Dinar Emas

Salam sahabat emas….Kalau tidak silap saya 2 hari yang lepas saya menerima satu mesej dari seorang hamba Allah yang ingin menjual rantai emas.Mengikut maklumat yang saya perolehi , beliau membeli rantai tersebut pada tahun 2006 dengan nilai +-RM7,000.00.Agak-agak sahabat semua berapa berat rantai emas dan nilainya pada masa sekarang.

rantai emas

Beliau mengatakan tujuan menjual rantai emas tersebut adalah ingin membeli goldbar keluaran Public Gold.Pada pendapat saya , tindakan menjual rantai emas tersebut kurang bijak.Memanglah dengan menjual rantai emas tersebut akan mendapat untung dan dapat membeli goldbar kerana nilai rantai emas tersebut sudah melebihi harga dibeli pada tahun 2006.Tapi anda akan kehilangan rantai tersebut dan hanya memiliki goldbar/wafer/jongkong/dinar.

Pada pendapat saya , apa kata pergi gadai rantai emas tersebut dan duit hasil gadaian rantai emas beli goldbar/wafer/jongkong/dinar.Kemudian , guna duit lain untuk tebus rantai emas atau pun bayar secara ansuran untuk tebus rantai emas yang anda gadai tersebut.Bila tiba satu masa , 2 emas tersebut menjadi milik anda.

p/s : Salah seorang pelanggan saya pergi gadai barang kemas isteri kerana ingin membeli goldbar.Kemudian beliau tebus barang kemas tersebut dengan membayar secara ansuran melalui duit gaji.Bijak tak !!!!!!

p/s : Untuk makluman saya tidak membeli barang kemas buat masa ini.Namun saya sedia memberi sebarang nasihat bagi menyelesaikkan masalah anda.

11 Responses so far.

  1. ummufath says:

    waa syabas admin..saya nasihat dan cadangan yang bijak..saya pun nk try juga lar buat cm tu…

    [Reply]

    emas kini Reply:

    terima kasih ummufath…sekadar berkongsi tip yg saya rasa berguna untuk semua orang….

    [Reply]

  2. ummufath says:

    so, kalau bg saya yg belum punya sebarang smpanan emas ni, kalau beli brg kemas dulu n then pajak tuk beli gold bar ok ker?ke cmna pndapat sifu?ke terus beli gold bar jer?

    [Reply]

    emas kini Reply:

    memang bijak cara tersebut tp pastikan saudara mampu untuk tebus kembali barang kemas tersebut

    [Reply]

    zaha Reply:

    salam sye nak tanye ape beza jka beli barang kemas dgn ems pg dan sekiranya sye ingin beli emas yg mane yg patut sye pilih? apa pandangan en?

    [Reply]

  3. fazli says:

    salam satu pertanyaan
    kenapa sejak akhir ahkhir ini saya ke bank rakyat
    emas yg hendak saya gadai tidak diterima

    mengikut kata juru timbang di bank rakyat
    emas saya ada kekotoran.

    saya telah hantar emas tersebut utk di cuci
    tapi masih tidak dpt diterima oleh mesin penimbang
    di bank rakyat.

    adakah mesin penimbang di bank rakyat rosak atau pun senganja di set kan utk membaca gred emas semakin rendah

    ada sesetengah barang kemas yg saya beli boleh diterima
    tapi mutu emas menjadi semakin rendah.
    sebagai contoh emas 916 jadi 870 nilaian nya

    [Reply]

  4. Karim says:

    Salam,

    Saudara saya ingin bertanya soalan sekiranya saudara sudi menjawab. Sekiranya saya ingin menjual barang kemas yg bukan emas seperti berlian, kepada kedai barang kemas seperti habib atau wan chan. Berapa peratus dari harga barang itu akan ditolak. Sekian terima kasih

    [Reply]

    emas kini Reply:

    saya bukan saudagar permata tetapi saudagar emas :) … sya tidak pasti tuan karim,maybe orang lain boleh jawab soalan ini

    [Reply]

  5. iza says:

    Since Bank Rakyat tak terima gold bar/coin saya memilih Gold Jewellery untuk digadai so boleh rolling duit untuk beli emas lagi. Sampai bila agaknya Bank Rakyat tak nak terima? Tempat lain upah mahal dan margin pun kurang..ada cara lain ker manipulasi emas??

    [Reply]

  6. Iraqi Dinar says:

    Iraqi Dinar is very real, but the pitch many Dinar dealers try to send your way is far from reality and designed to get you buy from them. Some of these dealers even go as far as to explain that they are trusted by the government and supply you with a document to reinforce this illusion.
    First, the US government requires a business (or anyone for that matter) to register with them when selling any kind of currency. Once you register, the US Government will send you a letter confirming your registration. IT DOES NOT mean that they trust or vouch for the company, only that they complied with the law.
    Read More:http://www.dinariraqi.net

    [Reply]

  7. haizal says:

    Salam tuan, saya amat berminat dengan pelaburan emas. Soalan saya adalah yang mana lebih baik beli barang kemas emas atau beli jongkong emas untuk pelaburan memandangkan tak bayak institusi bank dan gadaian yang mahu menerima jongkong emas berbanding barang kemas emas untuk di gadaian?

    Terima kasih.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *