Menyimpan Sambil Berniaga
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat.Hari ini saya cuba mengulas mengenai topik menyimpan sambil berniaga.Apakah yang dimaksudkan dengan menyimpan sambil berniaga.Maksudnya disini , kita menyimpan sesuatu produk untuk kepentingan diri sendiri disamping menjualnya kepada orang lain jika ada permintaan.
Saya percaya memang ramai yang berminat untuk buat bisness / create pendapatan sampingan tetapi berapa ramai yang berjaya sehingga mampu “letak jawatan” pekerjaan tetapnya.Boleh dikatakan setiap hari lahir peluang untuk kita ceburkan diri dalam perniagaan samada yang menipu dan yang benar.
Yang paling mendapat perhatian “join dot dot dot , bulan-bulan dapat RMXXXXXXX.XX” , “labur RMXXX.XX , bulan-bulan dapat RMXXXXXXX.XX ” . Kalau betulah perniagaan seperti ini mampu menjadikan kita jutawan , negara Malaysia akan mejadi negara paling top dalam carta Forbes “jutawan paling ramai”.Tanyalah mereka dibawah , adakah mereka bergelar jutawan melalui perniagaan seperti diatas.
Senarai lengkap 20 individu terkaya di Malaysia setakat 21 Mei 2008 adalah:
Rank | Name | Net Worth ($BIL) | Age |
1 | Robert Kuok | 10.00 | 84 |
2 | Ananda Krishnan | 7.20 | 70 |
3 | Lee Shin Cheng | 5.50 | 69 |
4 | Teh Hong Piow | 3.50 | 78 |
5 | Lee Kim Hua & family | 3.40 | 79 |
6 | Quek Leng Chan | 2.40 | 67 |
7 | Yeoh Tiong Lay & family | 2.10 | 78 |
8 | Syed Mokhtar AlBukhary | 1.80 | 56 |
9 | Vincent Tan | 1.30 | 56 |
10 | Tiong Hiew King | 1.10 | 78 |
11 | Azman Hashim | 0.70 | 68 |
12 | William H. J. Cheng | 0.66 | 65 |
13 | Lee Swee Eng | 0.50 | 52 |
14 | Ong Beng Seng | 0.47 | 63 |
15 | Lim Kok Thay | 0.35 | 56 |
16 | Vinod Sekhar | 0.32 | 40 |
17 | Lee Oi Hian | 0.30 | 57 |
18 | Yaw Teck Seng | 0.30 | 70 |
19 | Anthony Fernandes | 0.29 | 44 |
20 | Mokhzani Mahathir | 0.29 | 47 |
Nasihat saya , sebelum sahabat menyertai mana-mana peluang perniagaan/pelaburan pastikan sahabat membuat kajian terperinci.Jangan pandang pada janji-janji manis tetapi pandang pada fakta-fakta yang sahih melalui kajian.Baiklah berdasarkan hujah saya “kita menyimpan sesuatu produk untuk kepentingan diri disamping menjualnya kepada orang lain jika ada permintaan” . Salah satu produk yang boleh diaplikasi menggunakan hujah ini adalah produk emas kerana “tidak ada tarikh tamat tempoh” , “semakin lama simpan semakin tinggi nilainya” dan “tidak musnah” .
Maknanya disini , kalau emas yang kita miliki tidak terjual sekali pun kita tidak akan rugi kerana “emas yang kita miliki dianggap sebagai simpanan untuk masa depan“.Tapi sebagai seorang peniaga emas/tokei emas/agen emas kita seharusnya membuat jualan bagi meningkatkan lagi keuntungan.
Ramai yang menghubungi saya “susah nak jual emas kerana harganya mahal” . Memang betul harga emas mahal dan akan terus “meningkat mahalnya” . Tapi yang hairannya mengapa kedai emas semakin banyak dan tidak pernah tutup walaupun pengunjungnya tidak seperti pasaraya.Bagi peniaga emas yang mempunyai kedai emas “reka bentuk yang terkini dan cantik” dijadikan senjata untuk memikat hati pembeli.
Bagi peniaga emas pelaburan , pastikan sahabat memberi penerangan tentang fungsi dan kepentingan menyimpan emas.Bila mereka faham tentang fungsi dan kepentingan menyimpan emas , InsyaAllah mereka akan menghubungi sahabat untuk membeli emas jika mereka mempunyai modal.Ingatlah perniagaan emas bukan skim cepat kaya , sahabat tidak akan jadi jutawan dalam sekelip mata . Tidak ada perniagaan yang membolehkan sahabat jadi jutawan dalam sekelip mata melainkan “perniagaan menipu”.
Cukuplah celoteh saya pada kali ini , kita di izinNya kita bersua kembali.Jika sahabat berminat membeli emas keluaran Public Gold boleh menghubungi agen-agen rangkaian Emaskini Trading.Saya juga masih mencari mereka yang berminat untuk menceburkan diri dalam perniagaan emas bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai agen rasmi Public Gold dibawah naungan Emaskini Trading.
[…] Tiada yuran keahlian dan boleh dianggap sebagai menyimpan sambil berniaga. […]
[…] Tiada yuran keahlian dan boleh dianggap sebagai menyimpan sambil berniaga. […]