Public Fine Gold International Sdn Bhd Di Harian Metro

PUBLIC Fine Gold International Sdn Bhd (PFGI), sebuah syarikat tempatan yang beroperasi di Bukit Jambul, Pulau Pinang, menawarkan perkhidmatan jual beli emas 999.9 atau 24 karat untuk pelaburan dengan cara mudah dan selamat.

Pengurus Besarnya, Branson Saw, berkata perkhidmatan diperkenalkan itu berdasarkan urus niaga mengikut harga pasaran antarabangsa dan syarikat itu mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membolehkan orang perseorangan membeli produk ditawarkan.

Beliau berkata, jika sebelum ini, rakyat Malaysia hanya membeli emas sebagai pemakaian barang kemas, kini syarikat menawarkan emas sebagai satu bentuk pelaburan yang diperkenalkan sejak tahun lalu.

Katanya, sehingga kini, PFGI menawarkan tiga produk iaitu kepingan emas seberat 100 gram, 50 gram dan 20 gram, syiling emas 50 gram menggunakan emas 999.9 manakala kepingan satu dinar, lima dinar, 10 dinar dari emas 916.

“PFGI adalah syarikat pertama di negara ini menjalankan urus niaga emas secara fizikal mengikut harga pasaran dunia dan harga dinyatakan bagi satu gram dalam ringgit dan sentiasa berubah mengikut pasaran dunia.

“Margin harga bagi urus niaga produk PFGI antara lima hingga enam peratus pada harga jualan dan melalui PFGI, orang ramai mempunyai kaedah terbaik membangunkan portfolio emas secara peribadi untuk pelaburan dengan membeli secara kecil-kecilan terlebih dahulu,” katanya kepada Bisnes Metro, ketika ditemui baru-baru ini. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *