Simpan Emas 1 Gram Untuk Tabung Pendidikan Anak Masuk Universiti
Sekarang tahun 2017 dan pada 20 tahun akan datang, ketika anak-anak mahu masuk universiti, adakah anda mampu menyediakan pembiayaan pengajian untuk anak-anak yang setara dengan kos semasa itu jika tiada perancangan yang betul hari ini.
Berapakah nisbah gram emas yang diperlukan untuk kos pengajian universiti hari ini ? Berdasarkan pinjaman yang diberikan oleh PTPTN untuk pengajian jurusan sastera di IPTA iaitu RM6,500 setahun, darab 5 tahun pengajian. Maka jumlah pinjaman sekitar RM32,500. Jadi kita boleh andaikan, kos pengajian universiti tempatan sekitar RM35,000 – RM40,000 pada hari ini. Ia bersamaan nilai 210 – 240 gram emas.
Kalau kita simpan 1 gram emas sebulan untuk anak bermula dari hari kelahirannya, maka ia akan ambil masa 18 – 20 tahun untuk cukupkan emas sebanyak itu. Dan simpanan itu kalis inflasi. Pendek kata, 216 gram emas itu cukup untuk tampung pendidikan anak-anak walauapapun berlaku kepada ekonomi dan ringgit. Dan anak itu tak perlu ambil pinjaman PTPTN seperti kita.
Kalau simpan 1 gram sebulan sejak hari kelahiran, pada umur 18 tahun setiap anak akan memiliki 216 gram emas dengan nilai hari ini sekitar RM37,800 (RM175 x 216 gram). Ia cukup untuk kos pengajian universiti tempatan tanpa perlu pinjaman PTPTN.
Anda tidak perlu risau lagi, kerana simpanan emas itu kalis inflasi. Pendek kata , 216gram emas itu cukup untuk menampung kos pendidikan anak-anak walau apapun situasi ekonomi dan matawang ringgit pada masa akan datang.
Jelas kan ? Dengan menyimpan emas sedikit demi sedikit, anda mampu menyara kos pengajian anak-anak anda sepanjang tempoh pengajian. InshaAllah dengan teknik ini anda boleh mengurangkan beban anda dan anak anda.
Persoalan seterusnya, di mana nak beli emas 1 gram ini?
Untuk makluman , gold bar 1 gram harga per gramnya sangat mahal. Ini disebabkan kos pembuatan emas bersaiz kecil memang mahal. Kalau nak dapatkan kepastian, cuba singgah di kedai-kedai emas dan tanya harga “sekeping gold bar 1 gram” (bukan tanya “harga per gram” ya). Saya pasti harganya sekarang RM200 ke atas walaupun harga per gram emas hanyalah sekitar RM180 sahaja sekarang!
Berdasarkan pemerhatian saya, cara terbaik untuk beli emas “1 gram 1 bulan” buat masa sekarang hanyalah di Public Gold melalui akaun emas Gold Accumulation Program (GAP), atau akaun emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH).
Walaupun ia akaun emas, tetapi kedua-duanya boleh keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri (kalau mahu). Dan yang pastinya, harganya termurah di pasaran Malaysia sekarang. Kita boleh buka satu akaun untuk setiap anak (dengan nama ibu / bapa sebagai pemilik bersama).
Kredit : http://www.nuqudnabawi.com & http://www.mohdzulkifli.com