Simpan Emas Untung Kat Mana ?

Ilmu paling basic. Simpan emas nie untungnya kat mana?Saya ingin menjawab satu soalan paling basic. Ramai orang yang ingin tahu.Yakni, simpan emas nie, untungnya kat mana?

Bagi mereka yang tak nampak untung menyimpan emas, kat sini saya nak bagi jawapannya.

Keuntungan utama simpan emas, ia mengelakkan kebocoran wang.Emas menyebabkan kekayaan “melekat” pada anda.Itu dia ilmu emas yang paling basic.

Diulangi…. itu ilmu emas yang paling…paling basic.

Kenapa saya cakap macam tu? Baca lagi…

Soalan keramat pasal duit.

Saya berpengalaman selama 8 tahun dalam ilmu emas.Saya beri seminar tentang ilmu emas kepada ribuan orang.Di dalam ceramah saya, saya selalu bertanya satu soalan.

Soalan: Tuan puan sekalian “Duit kertas nie senang nak perabis atau senang nak simpan?

cash

Jawab. senang simpan ke senang habis duit nie?

Tuan puan sekalian. 100% orang menjawab “Duit senang perabis en Syukor…”

Soalan saya lagi “Kalau saya bagi RM1000 kat tuan puan, berapa lama masa yang tuan puan amik untuk perabis duit tu?”

Ada yang jawab sejam ajer… beli kasut… beli handbag… beli baju dan beli macam-macam lagi (paling best, ada sorang kakak tu jawab, saya boleh perabis dalam masa seminit ajer en Syukor, sambil terseyum-senyum).

Senang sangat perabis duit. Shopping!!!!

Kenapa susah simpan duit?

Jawapan: sebabnya, sejak kita mula kenal duit. Otak kita dah diprogramkan dengan tabiat berikut:

Dapat duit, pergi belanja.

Ingat tak waktu anda di sekolah rendah dan sekolah menengah dulu?Mak ayah akan bagi duit belanja sekolah tiap-tiap hari.

Lepas tu kita pergi sekolah, duit tu kita belanja. Esok pergi sekolah, dapat duit lagi.. belanja lagi..

Perkara ini diulangi tiap-tiap hari sekolah selama 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah. Total 11 tahun!

Tuan puan sekalian, benda yang berulang-ulang kali dibuat, lama kelamaan akan menjadi TABIAT.

Tabiat dapat duit, lepas tu belanja adalah MERBAHAYA DALAM JANGKA MASA PANJANG.

habits

Kenapa? Kita boleh lihat kesannya bila kita meningkat dewasa.

Bila dah dewasa, dah kerja dan ada gaji sendiri. Dapat duit tiap-tiap bulan.

Apa jadi?

Tuan puan. bila dah jadi dewasa, dah masuk alam pekerjaan… tuan puan cuba tengok balik. Apa tabiat tuan puan dengan duit?

Masih seronok nak belanja kan?

Kalau tak belanja.. duit tu bayar hutang kan?

Pendek kata, asal dapat duit, ada ajer cara nak habiskan @ terpaksa habiskan.

Ingat tuan puan.

Tabiat manusia dengan duit = syok perabis.

Lama kelamaan anda dapati, susah benar nak simpan duit nie. Asyik tak ada duit ajer.

Mari buat survey.

Cuba tengok duit simpanan anda sepanjang tahun lepas dan tahun ini.

Adakah anda menyimpan duit secara konsisten?

Kalau anda simpan secara konsisten setiap bulan sebanyak RM200, maka pada hujung tahun anda akan ada simpanan RM2400.

Tengok ajer simpanan tahun nie. Bila dapat gaji, berapa boleh simpan?

Atau pun duit tu habis dan anda tak tahu ia pergi mana?

Kebanyakan orang susah nak simpan duit. Sebab, tabiat itu tidak ada.

Cuba renung-renung balik… tabiat dapat duit dan belanja, jika diamalkan berterusan maka anda jadi orang tak berharta.

Nanti nak pergi umrah pun susah. Nanti anak nak masuk kolej @ universiti pun susah. Sebab tak ada simpanan.

Apa ubat kepada masalah “Susah nak simpan duit?”

Jika anda ada masalah nak simpan duit, maka ubatnya adalah emas. Tukar duit yang anda nak simpan itu ke dalam bentuk emas.

Yes, saya cakap benda yang betul.

Ubat untuk orang yang tak boleh simpan duit adalah emas.

Tukar duit tu jadi emas.

Kenapa?

Sebab fitrah manusia dengan emas adalah simpan.

Tengok gambar nie…

Ini adalah gambar jongkong emas 5 gram yang bernilai RM1000 dan duit kertas yang juga bernilai RM1000.

gold_dan_RM1000

Tanya diri anda 2 soalan:

Kalau aku ada emas 5 gram, apa aku akan buat?
Kalau aku ada duit cash RM1000, apa aku akan buat?
Jawapan paling logik adalah.

Emas 5 gram= Simpan elok-elok, jangan bagi hilang, jangan bagi orang tahu.

Duit cash RM1000 = beli baju, beli seluar, beli kasut, belanja awek, belanja keluarga, beli aksesori kereta, beli pinggan mangkuk, beli penapis air…

Hah! Kan banyak jawapan yang datang. Kebanyakan jawapan-jawapan tersebut adalah berbentuk perabis duit.

Fitrah manusia dengan emas.

Tuan puan sekalian, fitrah manusia dengan emas adalah nak simpan elok-elok supaya tak hilang.

Jadi apabila anda tukar duit jadi emas maka keinginan nak beli baju, seluar, belanja awek, dan macam-macam lagi tu akan hilang terus. Yillek!

Jadi, ilmu paling basic tentang “kenapa nak simpan emas?” adalah ;

Emas adalah ubat kepada kebocoran wang.
Emas menyebabkan kekayaan melekat pada anda.
Orang yang tahu ilmu emas nie, InsyaAllah kewangan dia adalah lebih baik.
Jangan percaya saya, buat sendiri experimen ini.

Jangan percaya apa yang saya cakap, tapi anda cuba buat experimen sendiri.

wallet gold

Cuba try beli sekeping 5 gram emas bernilai RM1000 nie dan letakkan dalam beg duit anda.

Tengok, hujung tahun nie emas tu ada lagi tak kat dalam tu?

InsyaAllah, anda tak boleh belanja emas tersebut dan kekayaan RM1000 dalam bentuk emas tidak akan bocor selama-lamanya…Jutawanemas.com

One Response so far.

  1. azrinros says:

    Perkara pertama setiap kali dapat 2 gaji saya akan asing cepat-cepat kepada emas dan yang selebihnya barulah untuk dibahagi-bahagi perbelanjaan lain. Sekurang-kurang saya sudah ada simpanan dengan bentuk emas.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *