Spread Antara Tiga Dinar Keluaran Tiga Syarikat

Assalamualaikum dan salam emas buat semua….Sebagai seorang pelabur / pembeli atau pun peniaga semestinya tahu apa itu “spread” atau dalam Bahasa Melayu perbezaan jual dan beli.Kalau tidak salah saya , saya telah terangkan secara detil tentang spread dalam artikel sebelum ini.

Baiklah kita teruskan dengan cerita emas yang tidak seberapa ini.Memandangkan hari ini semakin banyak syarikat/organisasi yang mengeluarkan product emas , tidak kira goldbar , dinar atau pun barang kemas.Ini menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia mula sedar tentang kepentingan menyimpan emas.

Berbalik pada topik kita mengenai spread antara tiga dinar keluaran syarikat yang berlainan.Dari segi kualiti dan beratnya memang sama cuma yang membezakannya adalah dari segi bentuk fizikalnya.Hari ini saya akan bandingkan spread antara ketiga-tiga dinar ini.

Dinar Kelantan ( 1 Dinar )
Jual : RM531.00
Beli : RM474.00
Spread : RM57.00

Dinar Muslim ( 1 Dinar )
Jual : RM554.69
Beli : RM521.41
Spread : RM33.28

Public Dinar ( 1 Dinar )
Jual : RM562.00
Beli : RM528.00
Spread : RM34.00

So berpandukan fakta diatas , kita sebagai pelabur/pembeli/peniaga/pengguna harus memilih yang terbaik.Fakta diatas di capture pada hari yang sama.Banyak lagi fakta-fakta yang perlu di nilai sebelum membeli.Walaubagaimana pun terpulang pada individu itu sendiri untuk memilih yang mana satu pilihan kerana semuanya emas :).Kesemua dinar diatas menjadi simpanan saya :) .

2 Responses so far.

  1. zaidi bin rahman says:

    assalamualaikum…

    saya berminat untuk menjadi agen public gold dan mempunyai modal yang diperlukan… sekiranya sy menjadi agen public gold bagaimana pula dengan resit pembelian jika ada pelanggan hendak membeli emas daripada agen?

    [Reply]

  2. Sabri Ahmad says:

    untuk makluman tuan : sekarang PG sedang melakukan promosi untuk jadi agen,promsi sehingga 20 Jun sahaja iaitu buat pembelian sebarang product PG bernilai 20K automatik jadi agen,untuk jadi agen tuan boleh baca kat link http://emaskini.com/2010/01/peluang-bergelar-usahawan-emas-bersama-emaskini/

    soal resit : pihak PG akan membekalkan buku resit rasmi kepada tuan/agen sah.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published.