Tak Perlu Tahu Semua Mengenai Emas Baru Nak Mula
Bila dah belajar ilmu asas tentang emas, terus mulakan dgn Bajet Sekecil 1 Gram. Tak perlu tunggu betul-betul faham baru nak bermula sebab bila beli emas, kita hanya TUKAR bentuk simpanan sahaja; dari duit kertas kepada duit sebenar iaitu emas. Ia bukan seperti belanja hangus.
Bila dah bermula membeli emas;
1. Kita sudah ada BENCHMARK harga tersendiri. Kita akan lebih faham harga tinggi rendah untuk sesuatu tempoh masa. Kita akan lebih realistik tentang harga.
2. Lebih cepat ABSORB ILMU emas. Bila membaca dan datang seminar, kita lebih cepat faham ilmu tentang emas sebab kita boleh kaitkan dengan pengalaman pertama membeli emas.
3. Lebih BERMOTIVASI untuk terus menyimpan emas. Bila emas dah ada ditangan, selalunya kita akan lebih bersemangat untuk terus tambahkan simpanan. Sama macam orang beli hartanah juga. Bila dah beli, mereka akan “naik sheikh” untuk beli dan beli lagi. Mereka akan sentiasa mengintai peluang untuk terus membeli.
Jadi jangan tunggu perfect time untuk bermula. Kalau ada 1000 langkah untuk berjaya, langkah paling penting dan paling sukar ialah langkah pertama. Langkah seterusnya akan jadi lebih mudah, insyaAllah.- Mohd Zulkifli Shafie
Buang rasa takut-takut dan tahu dimana nak beli emas yang selamat dan betul.
[Reply]