Sunday, August 15, 2010

Pajak Gadai Ar-Rahnu Agrobank

April 7, 2010 by Sabri Ahmad  
Filed under Ar-Rahnu, Cerita Emas

Ar-Rahnu merupakan skim pajak gadai secara Islam di mana bank memberi pinjaman berdasarkan prinsip Syariah Al-Qardul Hassan dan pelanggan mengemukakan barang kemas sebagai cagaran.Barang kemas tersebut disimpan mengikut prinsip Al-Wadiah Yad Dhamanah dengan mengenakan upah simpan.

Kelebihan Skim Ar-Rahnu.

  • Pembiayaan mengikut Syariah.
  • Cepat, mudah dan selamat.
  • Lebih murah.
  • Kadar upah tetap tidak berubah sehingga penebusan penuh.
  • Tempoh gadaian lebih lama.

Kelayakan Pemohon.

  • Terbuka kepada semua individu warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.

Had Gadaian.

  • Maksimum RM 50,000 @ RM 10,000 sehari.
  • Minimum RM 100.

Jenis Barang Gadaian.
Semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas seperti :

  • Rantai.
  • Subang.
  • Cincin
  • Gelang tangan dan gelang kaki
  • Keronsang
  • Duit syiling emas dan emas keping
  • Lain-lain.

*Emas paun dan emas putih (platinum) tidak diterima oleh Bank.

Kadar Upah Simpan.

Nilai Barang Kemas Margin Pinjaman Kadar Upah Sebulan Upah Simpan Sebulan
RM 100 50% RM 0.50 RM 0.50
RM 100 60% RM 0.60 RM 0.60
RM 100 70% RM 0.75 RM 0.75

Penebusan Gadaian.

  • Penebusan gadaian boleh dibuat secara ansuran atau.
  • Sekaligus atau pada bila-bila masa sebulan atau pada tarikh matang.

Cara Memohon.

  • Isi borang permohonan.
  • Satu salinan Kad Pengenalan.
  • Barang kemas yang hendak digadai.
  • Hantar ke kaunter Ar-Rahnu untuk pemerosesan dan dapatkan tunai segera.

* Tertakluk kepada syarat dan peraturan tanpa sebarang notis.Maklumat lanjut sila layari www.agrobank.com.my

Related posts:

  1. Ar-Rahnu Pajak Gadai Islam Pertama Di Dunia SISTEM cagaran untuk mendapatkan wang telah berlaku sejak zaman Rasulullah...
  2. Pajak Gadai Islam-Ar-Rahnu YaPEIM Assalamualaikum dan salam sejahtera pada mereka yang belum Islam.Alhmadulilah dengan...
  3. Soal Jawab Ar-Rahnu 1. Apakah yang dimaksudkan Ar-Rahn? Dari segi bahasa ia bermaksud...
  4. Goldbar & Dinar Tidak Diterima Di Ar Rahnu Bank Malaysia Salam sahabat emas semua….gosip yang baru saya terima menyatakan goldbar/dinar/wafer/jongkong...
  5. Buat Duit Dengan Sistem Gadaian Ar-Rahnu Salam sahabat emas semuaa…..Ramai pembeli dan sahabat emas saya bertanya...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!