Tuesday, August 24, 2010

Pelaburan Emas Tingkat Pelanggan Citibank

July 25, 2010 by Sabri Ahmad  
Filed under Cerita Emas, Rahsia Emas

CITIBANK Citibank Bhd (Citibank) menyasarkan pertumbuhan dua digit dari segi bilangan pelanggan bagi perniagaan pengurusan kekayaan bank itu.Ketua Perbankan Runcit Citibank, Paul Hodes berkata, bank berkenaan mempunyai 30,000 pelanggan Citigold dan menjangkakan angka itu meningkat berikutan pengenalan pertama Produk Pelbagai Mata Wang Emas. “Kami dapati pelaburan emas penting bagi pelanggan dan melihat perniagaan Citigold berkembang dengan baik di Malaysia,” katanya.



Menurutnya, produk itu menawarkan peluang kepada pelanggan sama ada untuk melabur secara langsung ke dalam emas atau menggandingkan mata wang dengan emas untuk mendapat faedah.

“Kami percaya emas adalah pilihan berdaya maju kerana ia berada dalam kelas aset yang sering digunakan sebagai pelindung inflasi dan sumber perlindungan selamat dalam masa ekonomi tak menentu.

“Malah produk Pelbagai Mata Wang Emas yang pertama itu membolehkan pelabur membuka akaun emas, membenarkan mereka untuk melabur terus dalam emas tanpa sebenarnya memiliki produk itu secara fizikal,” katanya.

Menurut Hodes, pelanggan mempunyai pilihan untuk menggandingkan pelaburan emas masing-masing dalam dolar AS, dolar Australia atau Euro dan sedang mengkaji untuk berkembang ke dalam mata wang lain di masa hadapan.

Dengan pelaburan minimum RM16,000 atau setara dengannya, Citibank dijangka menarik pelabur yang mahu melabur dalam emas sebagai tambahan nilai modal.- Harian Metro.Maklumat lanjut mengenai Citibank Gold Account , sila layari website rasmi Citibank.

Related posts:

  1. Pelaburan Emas Lebih Menguntungkan Berbanding Pelaburan ASB? Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB...
  2. Emas Sebagai Alternatif Pelaburan Minggu ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya...
  3. Halal Haram Pelaburan Emas Di Bank Malaysia Soalan 1 Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai...
  4. Emas Fizikal Untuk Simpanan , ASB Untuk Pelaburan ! Salam sahabat emas.Sudah 5 hari emaskini.com tanpa artikel dan cerita...
  5. Seminar Pelaburan Emas di Kuala Terengganu Salam semua sahabat….Alhamdulillah dengan izinNya , dapat saya menghadirkan diri...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Comments

3 Responses to “Pelaburan Emas Tingkat Pelanggan Citibank”
  1. agaknya yang ni la kot, yang ada org cakap, bank telefon pasal pelaburan emas

    [Reply]

    Sabri Ahmad Reply:

    yea kot

    [Reply]

  2. MySuperKids says:

    ni macam maybank/ public bank gold passbook ke? halal?

    [Reply]

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!