Sunday, January 9, 2011

Pahang Terima Royalti Emas RM130 Juta Setahun

October 28, 2010 by Sabri Ahmad  
Filed under Cerita Emas

KUALA LIPIS 28 Okt. - Kerajaan Pahang menerima royalti sehingga RM130 juta setahun hasil perlombongan emas daripada empat syarikat yang beroperasi di negeri itu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, royalti yang diterima itu merupakan lima peratus daripada hasil pendapatan kasar dua syarikat perlombongan emas di Lipis dan masing-masing satu di Rompin dan Raub.

“Walaupun royalti yang diterima itu tidak besar tetapi kewujudan aktiviti melombong emas di Pahang telah memberikan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan.

“Kita juga mahu menggalakkan lebih banyak syarikat-syarikat lain untuk datang melabur ke Pahang dengan hanya mengambil royalti sebanyak lima peratus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan syarikat perlombongan emas Selinsing Gold Mine Manager Sdn. Bhd. di Sungai Koyan, dekat sini hari ini. - Bernama

Related posts:

  1. 50,000 Pelabur Kerugian Lebih RM100 Juta KUALA LUMPUR: Kira-kira 50,000 pelabur kerugian lebih RM100 juta kerana...
  2. Penalti Sehingga RM50 Juta Jika Jalankan Dan Promosi Skim Piramid KUALA LUMPUR: Denda antara RM10 juta atau tidak kurang RM1...
  3. Permintaan Emas Di Pasaran Pulih Sedikit PERMINTAAN terhadap emas telah menyaksikan sedikit pemulihan di dalam pasaran...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Comments

One Response to “Pahang Terima Royalti Emas RM130 Juta Setahun”
  1. asrulasmah says:

    Wah…boleh lawan dengan Kelantan ni.

    [Reply]

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!