Dinar Mampu Henti Perang Mata Wang
November 1, 2010 by Sabri Ahmad
Filed under Cerita Emas, Dinar Emas, Rahsia Emas
KUALA LUMPUR Nov. 1 - Kerajaan di seluruh seharusnya menimbangkan penggunaan dinar emas bagi menghentikan perang mata wang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, penyusutan dolar AS mewujudkan masalah bagi negara-negara memandangkan mereka perlu menurunkan nilai mata wang mereka bagi mengatasi kerugian daya saing.
“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, akan ada perang mata wang dan sudah tentu, akan menyumbang kepada krisis,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.
Dr. Mahathir berkata, emas mempunyai nilai intrinsik dan oleh itu merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang. - Bernama
Related posts:
- Urus Niaga Guna Emas Cegah Susut Nilai Mata Wang KUALA LUMPUR 14 Feb 2007. – Datuk Seri Najib Tun...
- Ar-Rahnu Mampu Tangani Gejala ‘Ah Long’ Kata Perdana Menteri KOTA BARU: Perdana Menteri berkata, sistem gadaian Islam mikro kredit...
- WIEF Digesa Sokong Dinar Emas KUALA LUMPUR 21 Mei - Anggota Forum Ekonomi Islam Dunia...
- Emas Ganti Wang SURI rumah berkerumun di kaunter barang kemas di Chinatown, Yangon...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.













