Wednesday, September 14, 2011

Antara Punca Kenaikan Harga Emas Sekarang

February 22, 2011 by  
Filed under Analisa Harga Emas, Cerita Emas

Ketegangan Afrika Utara, Asia Barat pengaruhi harga emas.Harga emas meningkat melebihi AS$1,400 (RM4,284) satu auns semalam, pertama kali dalam tempoh hampir tujuh minggu, berikutan ketegangan yang terus memuncak di Afrika Utara dan Asia Barat.

Ketegangan kini merebak dari Mesir dan Tunisia ke negara Asia Barat dan Afrika Utara lain apabila penunjuk perasaan berkumpul membantah pemerintahan pemimpin yang sudah memegang kuasa begitu lama.Harga emas sesi dagangan semalam naik sehingga AS$1,400.40 (RM5,041.44) satu auns daripada paras AS$1,388.58 (RM4,249.05) satu auns ketika didagangkan di New York Jumaat lalu.

Harga kontrak hadapan emas bagi April naik AS$11.70 (RM35.8) satu auns kepada AS$1,400.30 (RM4,284.91).

“Tidak dapat disangsikan lagi bahawa kenaikan logam berharga itu yang berlaku sejak kebelakangan ini berikutan ketegangan di Asia Barat,” kata Daniel Major, Penganalisis di RBS Global Banking & Markets.

“Jika (pembelian) tidak dibuat menerusi dana dagangan bursa atau di Comex, ia kemungkinan besar dibuat menerusi pasaran dagangan fizikal iaitu pembelian syiling atau jongkong emas kecil, dan saya tidak menolak kemungkinan adanya pembelian lebih besar oleh individu kaya jika dilihat daripada keadaan ketegangan yang belum berkesudahan,” katanya.

Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu, semalam berkata revolusi di Tunisia akan menjadi model kepada lain-lain negara yang ingin melakukan pembaharuan politik.

Tentangan terus diberikan kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang terus merebak di ibu negara, Tripoli kelmarin dan anak lelaki berikrar untuk terus bertahan ketika semakin ramai penunjuk perasaan terbunuh di timur negara itu.

Harga minyak pula terus naik hampir sebanyak AS$3 setong kepada paras tertinggi dalam tempoh dua setengah tahun ketika peniaga melihat berlakunya ketegangan yang tidak berkesudahan di negara pengeluar minyak utama, Libya.

Harga saham di Eropah turut jatuh berikutan krisis itu.Dalam dagangan semalam, harga perak naik setinggi AS$33.46 (RM102.38) satu auns, platinum pada AS$1,844.25 (RM5,643.4) satu auns manakala palladium pada AS$859 (RM2,628.54) satu auns. – REUTERS

Related posts:

  1. Harga Minyak, Emas Naik Kesan Geopolitik di Mesir KETEGANGAN di Mesir yang bermula awal minggu lalu menyaksikan harga...
  2. Harga Emas Turun , Harga Minyak Naik , Harga Gula ? Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung emaskini.com.Sebelum saya meneruskan...
  3. Harga Emas Cecah USD1500/Oz Tahun 2011 Mungkin masih ramai yang belum mengetahui akan kehebatan emas sebagai...
  4. Harga Komoditi Dijangka Melonjak Permintaan yang kian meningkat di pasaran-pasaran baru muncul, dolar Amerika...
  5. Adakah Ini Petanda Harga Emas Melompat China dan Rusia setuju tidak guna dolar AS ST. PETERSBURG...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!