Friday, June 22, 2012

Berita Yang Mempengaruhi Harga Emas & Perak Sementara Waktu !

March 10, 2012 by  
Filed under Cerita Emas

IMF tambah 28 bilion Euro selamatkan Greece.

WASHINGTON: Tabung Mata Wang Antarabanga (IMF) merancang menawarkan pinjaman baru mencecah 28 bilion Euro (AS$36.7 bilion) kepada Greece sebagai sebahagian pakej menyelamat negara itu daripada kemelut kewangan, kata Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde hari ini.

“Hari ini saya sudah berbincang dengan Lembaga Pengarah Eksekutif IMF dan berdasarkan perkara itu termasuk persetujuan dengan kerajaan Greece, saya bercadang menawarkan 28 bilion Euro lagi untuk membantu Greece dalam melaksanakan program ekonominya untuk empat tahun akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Angka itu dianggap tinggi daripada jangkaan awal selepas negara itu menghadapi jumlah hutang menjangkau 107 bilion Euro.Pakej menyelamat ke atas Greece yang dipersetujuan Kesatuan Eropah (EU) bulan lalu berjumlah 237 bilion Euro. - AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!