Archive for the ‘Dinar Emas’ Category

Kembalikan ‘Mata Wang Islam’ Yang Sebenar

Salam sahabat emas….cerita emas kali ini bukanlah cerita saya , tetapi cerita seorang sahabat yang mengikuti satu Seminar Dinar Emas 2009 di Universiti Malaya anjuran PMKUM pada Sabtu, 21 Februari 2009.Rupa-rupanya ramai yang sedang giat mengembalikan mata wang Islam di Malaysia.So mulai sekarang , saya merupakan salah seorang ahli tidak rasmi akan cuba mempromosi dinar emas di samping menjual jongkong emas dan dinar.Sebagai renungan untuk kita semua , sila baca artikel dibawah sampai habis….

Pengalaman untuk turut serta dalam Seminar Dinar Emas 2009 di Universiti Malaya anjuran PMKUM pada Sabtu, 21 Februari lepas adalah pengalaman yang sangat bermakna buat diri saya. Apatah lagi seminar ini menghimpunkan tokoh-tokoh besar dalam perjuangan mengembalikan Dinar dan Dirham sebagai matawang Islam. Nama seperti Associate Professor Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, Pn Nik Mahani Mohamad, Profesor Umar Ibrahim Vadillo dan YB Datuk Paduka Haji Husam Musa adalah antara nama rujukan dalam perjuangan ini. Bukan senang untuk mendengar tiga tokoh ini dihimpunkan dalam satu seminar.
(more…)

Zakat Harus Dilaksanakan Dalam Bentuk Dinar dan Dirham !

Salam sahabat emas semua…ilmu itu emas jika dikongsi bersama….betul tak ? Semalam saya selesai membaca artikel yang ditulis oleh salah seorang dealer PG iaitu En Azman.Artikelnya penuh pengisian walaupun menggunakan bahasa yang santai.Tajuk artikelnya borak-borak kosong tapi hakikatnya tidak kosong.

Saya sependapat dengan En Azman mengenai bayaran zakat harus dilaksanakan dalam bentuk dinar dan dirham:
(more…)

Beli Dinar Jadikan Loket Emas

Salam sahabat emas….pertama kali saya melihat gambar dinar keluaran Public Dinar tidaklah cantik bagi pandangan saya.Namun setelah melihat secara live dan pegang dinar keluaran Public Dinar saya menukar tanggapan kepada memang cantik dan halus ukirannya.

So bagi wanita yang sudah mempunyai rantai emas , bolehlah beli dinar ini untuk dijadikan loket.Bentuk dan ukiran dinar keluaran Public Dinar memang cantik.Saiz yang paling sesuai untuk umur pertengahan adalah saiz 5 dinar , saiz 10 dinar bagi mereka yang sudah berumur manakala bagi kanak-kanak saiz 1 dinar.So kesimpulannya : (more…)

Dr. Mahathir Mohamad dan Dinar Emas

Salam semua….artikel ini saya ambil dari blog Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih glamour dengan panggilan blog chedet , bekas perdana Menteri Malaysia yang banyak menyumbag baktinya pada negara kita.Ulasannya tentang dinar emas cukup jelas sekali.So mengapa kita masih tidak mahu membeli dan menyimpan dinar untuk masa depan.
1. Ramai juga yang bertanya berkenaan Dinar Emas termasuk juga BBC yang mengadakan wawancara dengan saya baru-baru ini.

2. Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.

3. Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat. (more…)

Bentuk dan Nilai Emas Keluaran Public Fine Gold

Salam sahabat semua…mungkin masih ramai yang belum sedar akan potensi dan jaminan kewangan jika kita memiliki emas berbanding aset lain seperti duit kertas , kereta mewah , rumah besar , tanah dan sebagainya.Semoga kehadiran blog ini dapat menyedarkan kita semua akan potensi emas untuk jaminan hidup pada masa akan datang.Sebagai contoh nilai RM1 sekarang tidak akan sama 5 tahun akan datang.Sebaliknya nilai emas akan terus meningkat dari masa ke semasa.

Berbalik pada topik asal kita pada hari ini mengenai bentuk fizikal emas dan nilai emas fizikal yang di keluarkan oleh Public Fine Gold International Sdn Bhd.

emas20gram Goldbar (Emas 999/24K) 20gram (more…)

Sejarah Dinar Emas

Pada awalnya umat Islam menggunakan dinar emas dan dirham perak yang dibuat oleh orang Parsi. Gambarnya seperti di bawah:


Gambar: Dinar Parsi Yazdgard (399 - 420 AD)


Gambar: Wang perak Parsi Sasanian Yezdigird III

Siling pertama yang boleh dikaitkan dengan orang-orang Islam telah ditempa pada zaman Khalifah Uthman Radiallahu anhu. Syiling ini ditiru daripada dirham Sasanian Yezdigird III. (more…)

Apa itu Dinar

dinar emasDinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.

Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 3 gram.

Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’- Sourse Public Dinar .

Free WordPress Themes Design by New WordPress Themes | Thanks to Insurance and Home Insurance