Posts Tagged ‘Ar-Rahnu’

Keuntungan Pertama Dari Emas

Salam sahabat emas…Hari ini punya cerita mengenai keuntungan pertama melalui emas yang aku beli dengan PG minggu lepas.Keuntungan ini saya perolehi melalui sistem gadaian di Ar Rahnu BR.Walaupun keuntungan ini tidak nampak dengan mata kasar namun hakikatnya tetap keuntungan.Keuntungan ini berdasar harga belian emas dengan PG dengan nilai semasa marhum di Ar Rahnu BR.

Pada 20-10-2009 saya membeli emas dengan Public Fine Gold dengan nilai marhun:

Public Gold Bullion Bar 20gram dengan nilai marhun RM2,547
Public Gold Bullion Bar 50gram dengan nilai marhun RM6,337
Public Gold Bullion Bar 100gram dengan nilai marhun RM12,615

Total kesuluruhan pembelian RM21,499.00
(more…)

Ar-Rahnu Pajak Gadai Islam Pertama Di Dunia

SISTEM cagaran untuk mendapatkan wang telah berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w. apabila Baginda pernah membeli makanan daripada orang Yahudi dengan menggadaikan baju besinya, menurut satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Allah s.w.t. berfirman bermaksud: Jika kamu dalam perjalanan (dan bermuamalah tidak secara tunai) sedangkan kamu tidak memperoleh seorang penulis, maka hendaklah ada barang jaminan yang dipegang (oleh yang berpiutang). Akan tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya; dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian. Dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah: 283) (more…)

Free WordPress Themes Design by New WordPress Themes | Thanks to Insurance and Home Insurance