Dah Beli Emas Public Gold , Macam Mana Nak Jual Kembali

Salah satu ciri-ciri emas terbaik untuk simpanan dan pelaburan “MUDAH DI JUAL”.Ciri ini amat penting agar urusan jual lebih mudah dan lebih untung di kemudian hari.Mudah beli tapi susah jual.Rugi

Panduan Jual Kembali Emas Public Gold

Banyak kes saya terima , ada penyimpan emas tidak tahu tempat nak jual emas dan tak tahu harga nak jual. Mungkin mereka ini terikut-ikut cakap kawan “kawan kata untung beli maka belilah dalam keadaan ilmu masih kosong”. So sebelum beli emas , pastikan fahami perkara asas terlebih dahulu.

Ok , berbalik kepada cerita asal macam mana nak jual emas yang di beli.Artikel ini lebih khusus untuk emas Public Gold.Namun boleh dijadikan panduan secara umum kepada pemilik emas jenama lain.

Sedia maklum , ada dua kaedah memiliki emas Public Gold . Satu melalui kaedah belian terus item emas dan satu lagi melalui kaedah akaun emas GAP.Boleh rujuk di sini “Panduan Nak Mula Simpan Emas Public Gold”.

Emas Public Gold Ada Di Tangan ( Dalam Simpanan Kita ).

Emas yang ada di tangan , kita boleh jual terus kepada Dealer sah Public Gold , kepada syarikat Public Gold dan kepada sesiapa yang kita kehendaki contoh kedai emas.Cuma harga berbeza kalau kita jual selain kepada dealer dan syarikat.Tempat paling sesuai kita jual emas , tempat kita beli.Kalau emas jenama A kepada syarikat A kita jual.Harga semasa jual balik bagi produk emas Public Gold di kemaskini setiap 20 minit.Rujuk harga di ruangan PG Buy.

Bagi mereka yang ada akaun dengan Public Gold ( PGKod ) . Jual kepada syarikat salah satu kaedah mudah.Login di website dan dalam MENU ORDER ada butang Buyback Order ( dan Add to list item yang ingin di jual ) dan follow step sehingga selesai.Selepas selesai lock harga jual , emas mesti di hantar ke pejabat dalam masa 48jam.Contoh malam kita lock Buyback Order , keesokan harinya mesti hantar emas ke office dan bayaran terus di kredit ke akaun bank hari seterusnya ( 1 – 2 hari berkerja ).

Bagi mereka tidak mahu lock harga secara online , bila-bila masa boleh pergi ke pejabat Public Gold dan harga di kira semasa di kaunter.Proses bayaran juga akan di kredit terus ke akaun bank pada esok hari.

Emas Public Gold Ada Dalam Akaun Emas GAP.

Bagi emas yang ada dalam akaun emas GAP.Prosesnya cukup mudah , hanya Login ke akaun MYGAP dan dalam menu ada butang PG BUYBACK.Masukan jumlah gram yang nak jual dan klik Place Buyback.Selepas mendapat pengesahan ( staf Public Gold akan call ) , bayaran terus di kredit ke akaun bank pada hari seterusnya ( 1 – 2 hari berkerja ).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *