Public Gold Patuh Syariah Secara Rasmi Fasa 1

PENGESAHAN PUBLIC GOLD PATUH SYARIAH (FASA 1).

Alhamdulillah.

Semalam secara rasminya Public Gold telah menerima pengesahan patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd. bagi 3 produk iaitu :

1. Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase).

2. Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP).

3. Jualan balik (Buy Back).

Suka untuk saya menulis sesuatu berkaitan 3 produk di atas khususnya untuk warga Public Gold (kakitangan, dealer dan pelanggan) dan juga masyarakat Malaysia secara amnya agar semua orang boleh memahami pengesahan Syariah ini dan bercakap dalam bahasa yang sama.

Semua orang sedia maklum bahawa antara syarat asas bagi urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara LANI (spot) ketika MAJLIS AKAD. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah).

Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.

Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan situasi yang khusus seperti 3 produk di atas kerana sesuatu hukum hakam agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN PENUH.

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.

2. Pembayaran : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.

3. Pengambilan emas : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN SECARA BERPERINGKAT.

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.

2. Pembayaran secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.

3. Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

JUALAN BALIK.

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu.

2. Penyerahan emas : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.

3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas. – Kredit Ustaz Khairul Anuar Basri

Check-out this link for the profile of Public Gold’s Shariah advisor:
http://www.faa.org.my/committee-me…/datuk-dr-mohd-daud-bakar

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *