Spread Emas Public Gold LBMA

Masih ramai yang belum mengetahui apa itu spread / susut nilai.Kesimpulan ini saya buat kerana , masih ramai yang beli emas dan perak dengan susut nilai / spread yang tinggi ( keutamaan bagi pembeli emas jangka masa pendek ).

Spread ialah PERBEZAAN antara harga jualan dengan harga belian .
# Harga jualan ialah harga syarikat/institusi/pengeluar menjual kepada kita/pelanggan.

# Harga belian ialah harga syarikat/institusi/pengeluar membeli kembali daripada kita/customer jika ingin menjualnya.

Formula mudah kira spread / harga emas dan perak seperti dibawah :

HARGA JUAL – HARGA BELI / HARGA JUAL x 100 = %

Nasihat saya kalau anda ingin membeli emas dan perak pastikan anda tanya dari penjual berapakah spread/susut nilai jika ingin menjualnya disamping syarat-syarat lain.

Pastikan anda menyimpan bukti spread tersebut sebagai rujukan ketika ingin menjualnya.Membeli emas dan perak dari institusi yang menjual silver/perak dengan spread terendah adalah yang terbaik untuk anda kerana keuntungan lebih tinggi dan tempoh menunggu keuntungan lebih cepat.Kebiasaanya , semakin besar ( gram ) sesuatu item produk semakin kecil spreadnya kerana kos mengeluarkannya semakin mengecil.

Spread / Susut Nilai Dinar dan Goldbar Public Gold LBMA.

spread-dinar-gold-bar-emas-public-gold

BERMULA 1 JANUARI 2017 spread produk emas Public Gold status LBMA di naikkan 1% disebabkan kos pengeluaran semakin meningkat.

3 Responses so far.

  1. azrinros says:

    Sebagai pembeli emas wajib menilai spread ini supaya dapat maksimumkan keuntungan.

    [Reply]

  2. Terima kasih berkongsi formula cara kira spread. Sangat membantu.

    [Reply]

  3. […] , setiap item berbeza dari segi spread ( susut nilai ).Semakin besar item semakin kecil spread.Produk dinar dan goldbar PG antara terkecil yang ada di […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *